Jumaat, 13 Mac 2009

Lagi mengenai PPSMI


Semasa peringkat permulaan program ini memang sudah kita dengar komen-komen negatif oleh setengah pihak. Mereka menyuarakan kenapa kita perlu mengInggeriskan sains dan matematik? Jepun dan Korea pun maju juga tetapi masih mengutamakan bahasa kebangsaan mereka.

Ok lah tidak mengapa, saya hormat pendapat mereka tetapi kita kena akui bahawa Jepun sudah maju beribu tahun dari kita. Bangsa Jepun, Korea, Thailand dan India dan juga Arab merupakan kaum atau bangsa yang lebih bertamadun. Mereka mempunyai bahasa pertuturan dan penulisan mereka sendiri. Budaya mereka juga unik, sikap mereka terpuji.

Berlainan dengan Melayu, kita tergolong dalam kelompok malayo polynesia yang serba kekurangan. Kita ada bahasa tetapi tidak mempunyai penulisan sendiri

Jepun, seawal abab 20 mereka sudah mampu mencipta kapalterbang, kapal perang , kereta kebal dalam peperangan dunia kedua. Kita pada masa itu untuk menjahit atau mengarang manik pun, jarum terpaksa dibeli dari negara China. Lampu chimney pun Made in China.

Dengan itu marilah sama-sama menyokong program PPSMI demi kemajuan dan pencapaian anak bangsa kita, Kita perlu lebih menyayangi bangsa kita dari bahasa kita. Bahasa akan terus berkembang, Apa yang kita tuturkan hari ini adalah tidak sama dengan apa yang dituturkan oleh nenek moyang kita 100 tahun lalu, dan 100 tahun akan datang anak cucu kita bertutur bahasa melayu tidak seperti kita hari ini.