Jumaat, 20 Mac 2009

Pas mula main kotor di Bukit Gantang

Pas mendakwa bahawa sokongan pengundi terhadap Pas telah meningkat 60% di P059. Tahniahlah diucapkan atas kejayaan mereka, tetapi kenapa harus bermain kotor.

Semalam mereka cuba melakukan perhimpunan haram tanpa kebenaran polis di Simpang. Bagaimana pun usaha mereka berjaya digagalkan oleh pihak polis yang lebih awal mengawal kawasan tersebut.

Bendera dan kain rentang yang dipasang oleh BN juga menjadi mangsa tentera upahan Pas. Mencantas tali ikatan, mematahkan kayu dan buluh yang digunkan untuk bendera dan yang lebih buruk lagi ialah mencampakkan bendera Umno di atas jalanraya. Berita yang diterima tadi menyatakan seorang tentera upahan telah berjaya ditangkap oleh pihak Umno.

Semasa TPM datang ke Padang Permainan Kota Jaya Simpang Ahad lalu juga berlaku insiden membuang bendera BN yang diikat kepada sebatang tiang, tetapi perbuatan telah diperhatikan oleh pemuda BN yang berkawal pada malam tersebut. Balaci Pas diarah memasang semula bendera BN tersebut.

Kalau sudah berjaya meraih sokongan 60% undi kenapa masih ingin buat kerja yang tidak berfaedah macam tu.