Sabtu, 7 Mac 2009

Perhimpunan 100 ribu menentang PPSMI satu usaha yang merugikan bangsa










Datuk Hassan Ahmad Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI dan A.Samad Said serta beberapa kerat lagi cerdik (tak) pandai melayu yang telah membawa melayu ke satu dimensi yang tidak menguntungkan.

Dari gambar-gambar yang diperolehi dari rakan-rakan bloggers yang berada di sekitar Masjid Negara ternyata merugikan bangsa melayu sendiri.

Gerakan ini sah didalangi oleh parti politik pembangkang. tetapi pemimpin mereka tidak tunjuk muka sebaliknya membiarkan orang awam yang menyokong mereka sahaja menunjukkan bantahan. Saya percaya seperti yang didedahkan dalam astro DSAI akan memerhati dari dalam kereta.

Rata-rata wajah-wajah melayu yang naif berada di sana. Bangsa lain tak nampak pun, walaupun ada laporan satu jawatan kuasa dari etnik cina turut serta di sana.

Perhimpunan tersebut ternyata gagal menarik perhatian khalayak. 100 ribu tidak tercapai. Rata-rata muka melayu yang hadir bukan wajah orang kota. kemungkinan mereka di import dari kampung-kampung seluruh negara.

Diharapkan polis dapat menahan orang ramai untuk membuat siasatan. Adakah mereka dibayar untuk hadir ke Masjid Negara. Kalau dibayar atau diupah, siapa pengupahnya. Ini merupakan satu gerakan yang mencabar polis dan mengganggu ketenteraman awam.