Sabtu, 7 Mac 2009

Perhimpunan mansuh PPSMI di Masjid Negara esok

KUALA LUMPUR: Perhimpunan 100,000 rakyat bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan berlangsung seperti dijadualkan di Masjid Negara esok.

Menurut Pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad pihaknya telah mendapatkan permit daripada pihak polis semalam bagi mengadakan perhimpunan tersebut.

"Pihak polis hanya membenarkan tujuh orang daripada ahli jawantkuasa GMP untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

"Saya sendiri akan mengetuai rombongan ini dengan menaiki kereta," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat akhir gabungan itu di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di sini hari ini.

Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dr Shahrir Mohd Zain, profesor bahasa Dr Abdullah Hassan, Timbalan Pegerusi GMP, Dr Shahril Mohd Zain dan Setiausaha GMP, Hasni Abas akan diiringi polis ke istana pada pukul 2 petang.

Bagaimanapun Dr Hassan berkata polis tidak membenarkan sebarang usaha untuk melakukan perarakan ke Istana Negara.

Jelasnya, pihak polis tidak membenarkan sebarang perarakan bagi menjaga keselamatan kerana perhimpunan esok dijangka melibatkan puluhan ribu orang.

"Kami telah memberitahu polis ini bukan tunjuk perasaan atau demonstrasi, ini juga bukan gerakan menentang kerajaan atau mana-mana pihak. Kami hanya mahu menyerahkan memorandum kepada YDPA.

"Sejak dari awal lagi kami telah menjelaskan pendirian kami bahawa gerakan ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik dan kami juga tidak akan membenarkan sesiapa mengeksploitasinya," katanya.

Beliau menyifatkan penyertaan ahli-ahli daripada parti politik tertentu yang menyertai perhimpunan itu esok sebagai hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

"Kami tidak dapat melarang mereka untuk membantah PPSMI," ujarnya.

Menurut Dr Hassan, pihaknya akan cuba berunding dengan polis sekali lagi bagi membenarkan lebih ramai penyokong bersama-sama ke Istana bagi tujuan tersebut.

"Kalau tidak boleh, apa boleh buat. Polis bukannya keras sangat. Mereka masih boleh diajak berunding," katanya.

Ditanya apakah kandungan memorandum yang akan diserahkan kepada YDPA esok, Dr Ahmad berkata terdapat dua perkara yang dikemukakan, pertama meminta PPSMI kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing dan kedua meminta pihak kerajaan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Sebanyak 135 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan turut serta dalam perhimpunan esok termasuklah Yayasan Tamil Kebangsaan dan Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong).

"Kami juga akan mendapat bantuan keselamatan daripada unit amal Pas semasa perhimpunan dijalankan," katanya.


Ulasan Taipingmali;

Sejak akhir ini semua orang nak menonjolkan diri untuk menjadi hero.Bekas Pengarah DBP, Gapena, Dr Ainon Pts, profesyor dan ramai lagi begitu lantang menentang dasar dan perlaksaan PPSMI.

Parti politik Pakatan Rakyat memang mengambil kesempatan ini untuk mencari keuntungan. Mereka gagal dengan gerakan mansuh ISA, Mansuh kenaikan Harga minyak. dan banyak lagi demontrasi yang di jalankan selepas 8 Mac 2008 hingga sejuk .

DSAI tidak pernah ketandusan idea, sebab NGO yang berpusat dari Barat sentiasa menjana idea kepada beliau untuk mengaturkan pelbagai aktiviti yang boleh membawa rakyat menentang dasar-dasar dan perlaksanaan kerajaan.Jika matlamat mengumpul 100 ribu rakyat menemui kegagalan maka dalam tempoh 4 atau 5 bulan lagi dia akan merancang sesuatau yang baru. Kewangan tidak menjadi masalah, ARDA, NED dan CIA sedia menghulurkan bantuan.

Bab PPSMI eloklah dibincang secara rundingan profesional oleh pihak-pihak tertentu, bukan dibawa ke jalan raya. Jika PPSMI memerlukan ibubapa membayar yuran 100 setahun atau 1000 sebulan baru lah nak dikisahkan. Ini projek kerajaan untuk kemajuan anak-anak kita.

PIBG, Persatuan Guru, Fakulti Pendidikan dari Universiti Pendidikan, IAB dan guru-guru yang lebih berhak untuk membincangkan isu ini. Tetapi kalau ditanya kepada guru-guru yang sokong pembangkang memanglah mereka tak mahu PPSMI tetapi dalam masa yang sama mereka lah yang berebut-rebut untuk mengajar PPSMI walaupun keupayaan bahasa inggeris mereka amat rendah.

Ramai lagi guru-guru yang mahir bahasa inggeris tak pula sibuk untuk mengambil elaun 10 % dari dari gaji pokok. Saya yakin ibubapa yang mempunyai anak yang berada di sekolah rendah dan menengah suka akan perlaksanaan program ini.

Tanya A.Samad Said dan Dato Hasan Ahmad tu memang mereka tak setuju sebab mereka berdasarkan retorik saja , mereka bukan ada anak kecil lagi...Kalau ada pun cucu saja. dan sudah tentu cucu mereka bahasa inggerisnya macam air. Orang KL lah katakan.


Bagaimana pula dengan program hari ini di markas Pas. berjaya atau sebaliknya?

3/01/2009

JUMAAT 6 Mac Ceramah Agung PPSMI di Taman Melewar

Saturday, February 28, 2009

Tarikh: Jumaat 6 Mac 2008

Tempat: Markas Tarbiah PAS Tmn. Melewar

Waktu: 9.30 malam

Penceramah:

Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Hj. Mohamad Sabu

Dato' Dr. Hassan Ahmad

SN Dato' A. Samad Said

Prof. Dr. Shaharil Mohd. Zain

Lain-lain tokoh yang akan hadir:

SN Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh

Dato' Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim

Prof. Dr. Awang Sariyan

Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Abas

Dato' Prof. Dr. Anuar Ridhwan

Dato' Baha Zain

Hj. Ahmad Subky Latif

Azizi Hj. Abdullah

Ustaz Hassan Shukri

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Dinsman

Hasni Abas

Pn. Ainon Mohd.