Ibrahim Ali terus terima kata dua Pas
KOTA BHARU 6 Mac - Ibrahim Ali terus menerima kata dua daripada Pas yang mendesak beliau supaya segera membuat pendirian sama ada mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas atau menyertai UMNO.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia bagi mendapatkan pendirian muktamad Anggota Parlimen Pasir Mas itu kepada penyokong Pas, yang memilih beliau sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum lepas.
"Kita suruh dia letak jawatan, dia tidak mahu, jadi saya rasa dia patut buat pendirian, nak masuk UMNO atau menyertai mana-mana parti politik," katanya.
Ibrahim menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokong PAS sejak akhir-akhir ini apabila beliau turut lantang mengkritik parti pembangkang itu di Dewan Rakyat.
Takiyuddin berkata, Ibrahim sepatutnya tidak takut untuk berhadapan dengan ujian kepada beliau supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat Bebas. - BERNAMA
Komen oleh Taipingmali;
Pas bersikap bongkak dan besar kepala dengan desakan tersebut, Ibrahim Ali tidak perlu tunduk dengan desakan. Tidak ada hukum atau nas yang membolehkan Pas mengusir atau memecat Ibrahim Ali.
Allah ingin menguji Pas dalam hal ini, andainya Ibrahim Ali dahulu ahli Pas dan menang atas tikit Pas dan hari ini meninggalkan Pas maka mereka akan mendesak supaya tuan punya tubuh meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka.
Ini juga satu gertakan yang bukan sahaja ditujukan kepada Ibrahim Ali tetapi sebagai satu peringatan kepada wakil rakyat Pas yang lain. Pendirian Pas sama seperti tindakan gengster dalam filem mafia, yang mana sanggup membunuh keluarga sendiri jika belot.
Adakah dalam Islam kita disuruh melakukan tindakan sedemikian?