Sabtu, 7 Mac 2009

Anak Bekas Askar Kg Manjoi, Ipoh yang kecewa

Woi samdul...Melayu miskin bukan sebab malas kerja tapi sebab Umno yang penuhkan perut boroi depa..Sapa kata Melayu malas bekerja tu dia la memang barua ...bukan Melayu malas kerja tapi kerajaan Umno yang tak bagi peluang...bapak aku dulu tentera..biasa la tentera sudah tentu taat kepada pihak pemerintah..dia pencen askar Melayu tahun 1985 pangkat sarjan ada la sikit duit persaraan.

..itupun habis buat rumah kayu kami yang seadanya ini...adik beradik aku ada tujuh orang....lepas pencen bapak aku terpaksa kerja keras lagi untuk cari nafkah belanja dengan macam-macam kerja..jual nasi lemak..bangkrap tak jalan...jual apong balik pun tutup tak jalan...jual ikan lingkup pasal dah melayu kita suka berhutang lagi sekali...tutup tak jalan...sapa kata orang Melayu malas kerja memang bangang la otaknya.....haram jadah punya manusia !

..bapak aku susah ada ker kerajaan UMNO nak ambik tahu...haaa...sekali tu abang aku dapat belajor ke Amerika ..bangga bapak aku...tapi belanja takde....kena pinjam kerajaan..woi kerajaan haram jadah..apa pasal bagi pinjam bagi la dalam bentuk biasiswa !

Hangpa tu kaya raya duit banyak tapi tak mau tolong orang susah macam kami tapi dok pinang artis takpe...hantar hantaran sampai setengah juta..tak boleh ke bagi abang aku biasiswa...kenapa pinjaman kena bayor balik..????

depa kata nak bagi rakyat Malaysia berdikari konon jangan harapkan subsidi...kepala bapak kome....!!

Menteri yang bercakap tu pun tisu tandas dia rakyat yang bayar tau tak...hidup mewah..semua free rumah..kereta...tak masuk yang tokeh bagi lagi..projek dapat...tol tak payah bayar....ptuihhh nak cakap pasai berdikari woiii cium pungkok aku la..celaka punya menteri !

Menteri umno hangpa tak pernah hidup susah macam aku dan bapak aku...yang paling aku sedih bila mak aku sakit..takde modal nak berubat...doktor kata sarafnya..rosak kena check pakar..kami manalah ada duit nak jumpa pakar...bukan macam menteri UMNO haram jadah..semua ditanggung rakyat ada gerenti letter..adey ptuih bole belah la hampa..sekarang mak aku terlantar sakit...ada MENTERI UMNO NAK INGAT KAT KITAORANG???

kalau takat nak mai melawat bawak biskut dua tiga tong baik hampa sedekah kat Najib dan Rosmah Mansur pasai depa ni kuat menketedarah...bila adik aku nak masuk universiti kat Timur Tengah..dia pun kena pinjam jugak...aku pun heran jugak depa ni kerajaan ke atau dah jadi along ceti haram tu !

Kalau anak menteri...bodoh dungu bangang pun takpe pasai bapa depa banyak duit..kesian adik -beradik aku sampai sekarang dah kerja pun berhutang....kena bayar hutang...macam-macam hutang dan bayaran cukai tol, indah water..cukai tanah..pintu..installment rumah ingatkan abang aku jadi kakitangan kerajaan mewah la...emm! pungkok hangpa dia kena bayar hutang rumah, loan kerajaan sekali ganda dari harga...kerajaan meniaga kat kakitangannya sendiri bukan nak tolong pemudah lagi.

Punah ranah hisap darah orang macam lintah..padahal abang aku dulu tu orang kuat GPMS yang setahu aku adalah persatuan balaci Umno macam pukida jugak la...tapi ini nasib dia...bapak aku dah sokong pembangkang...aku..abang aku...adik beradik aku dah sokong pembangkang pasai dari tok aku bapak aku aku dan sesiapa sahaja di bawah pemerintahan UMNO hidup susah. Ada Umno peduli orang macam kami dulu ?

Kalau nak minta tanah...kena beri no siri ahli UMNO..nak meniaga kena ada rekemen yb UMNO...nak mintak tender...kena bagi persen...
aku tahu la pasai kawan aku bukak syarikat cleaner kat satu sekolah kerajaan negeri masa Tajol Rosli...orang pejabat tu terang-terang minta rasuah(persen)apa la punya jahatnya kerajaan UMNO..maka terbukti...UMNOLAH membunuh kerjaya orang MELAYU !

...sapa yang sokong orang UMNO lagi buduh dan buduh dan buduh...kalau tak puas hati mai datang Manjoi ....pakida ke...felda...ke....hangpa tak kenai lagi geng padang lintau....

Komen Taipingmali;

Banyak persolan dari penulisan di atas,

  1. Gaya penulisan dan ejaan menunjukkan dia ni bukan seorang yang berjaya dalam kerjaya.
  2. Ada salah fakta sikit dalam bab biasiswa dan pinjaman, kebiasaanya seorang pelajar melayu yang ditawarkan pengajian di luar negara akan diberikan biasiswa , bukan pinjaman.Kenyataan budak ini boleh disanggah lah.
  3. Bapa dia pencen pangkat sarjan, kira mewah lah pencen dia, sekarang pencen dia sudah naik walaupun masa dia pencen 1985 dapat 300 ratus , sekarang mungkin dah jadi 750 atau 800 ringgit atau lebih lagi. Hidup lagi kah bapa dia ni?
  4. Kalau rumah papan atau kayu pun tak mengapa, janji ada rumah untuk berteduh, Tetapi kalau bapa penulis ni pencen DO sudah tentu rumah bangalow dibina untuk anak-anaknya. Kita kena terima hakikat .
  5. 1985 bapa dia pencen dan bina rumah kayu di Kpg Manjoi, Sekarang 24 tahun pun, takkan anak-anak tak mampu bina sebuah rumah bangalow baru untuk bapa dia sebagai hadiah, 7 anak kalau seorang bagi 10 ribu dan ada 70 ribu, boleh dah buat rumah baru. Tambahan lagi dia ada sebut abang dia kerja gomen.
  6. Bab emak dia sakit, tak ada wang nak rawat. Setahu kitalah keluarga bekas askar akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan. Kalau nak operate kah apa kah kerajaan boleh bagi bantuan, Pegawai Jabatan Kebajikan pun ada pejabat di hospital, boleh rujuk kepada mereka. Tambahan lagi bapa budak ini bekas tentera, boleh rujuk kepada Persatuan Bekas Tentera. Mereka ada Tabung Pahlawan, dan sedia membantu. Tak tahu lah adakah dakwaan penulis ini betul mengenai status bapa dia seroang pencen sarjen.
  7. Wah, pandai-pandai juga adik penulis ni, dapat belajar di Timur Tengah, Tawaran kerajaan atau tawaran oleh Pas, Kalau Pas yang menghantar dia ke sana, minta lah wang biasiswa dari Pas. Mereka ada banyak wang zakat.
  8. Abang masuk U dan adik masuk U, penulis ni mungkin sekarang sudah berusia awal 30an atau hujung 20an. Kerja apa sekarang ?
  9. Bapa dia gagal dalam perniagaan dan penulis menyalahkan pembeli melayu kerana berhutang. Mungkinlah semasa berniaga ikan masuk kampung-kampung kut. Tak kah lah berniaga nasi lemak dan apom balik pun orang berhutang juga.
  10. Mungkin menu atau resepi nasi lemak dan apom balik kurang enak dan akibatnya pembeli berkurangan kerana ada pihak lain jual lagi enak. Buat nasi lemak dan apom pun kena kursus juga. bukan boleh main belasah saja.
  11. Bab cukai pintu, cukai tanah, IWK, toll, pinjaman perumahan, tu perkara asas. dalam islam pun ada sebut. Cukai dan zakat ada disentuh dalam Islam. Pinjaman atau hutang wajib bayar, cukai dan zakat kena bayar untuk meghidupkan sistem islam dan pemerintahan.
  12. Wah! satu keluarga dah sokong pembangkang, Pas lah tu, kalau tuan-tuan masuk Kpg Manjoi dan nampak rumah kayu ada bendera Pas , rumah penulis ini lah, Rasanya semasa Taipingmali ke Manjoi tempoh hari pun ada nampak rumah penulis ini.
cukuplah komen takat tu...serah kepada rakan-rakan pengunjung blog pula untuk memberi ulasan..