Nizar dan Pakatan Riot telah bersidang di bawah pokok dan telah meluluskan tiga usul. Tahniah kepada mereka yang berjaya bersidang walaupun dibawah pokok dan di bawah pancaran sinar mentari. Persidangan tersebut diperakui sah oleh DSAI, Hadi Awang dan Lim, Saya juga sebagai blogger Taipingmali juga mengesahkan persidangan bawah popok itu betul dan 3 usul boleh diterima pakai.
Pada petang pula Dr Zamry berjaya memperolehi injuksi untuk menghalang Speaker dan 27 ahli pakatan riot dari bersidang di dalam dewan yang mulia. dalam bangunan kerajaan negeri lah tu.
Oleh kerana Siva dan Sekutu Nizar telah bersetuju sebulat suara bahawa Nizar adalah MB yang sah dan boleh memerintah
negeri ini dan seluruh penyokong Pakatan Riot juga bersetuju dengan Nizar sebagai MB , maka saya mencadangkan agar Nizar meneruskan pentadbirannya dari pejabat Dap Perak atau pejabat Pas Perak.
Nizar juga perlu terus bersidang sehingga tamat persidangan ini seperti mana yang biasa dilakukan ( 2 minggu atau 3 minggu , ikut suka Nizarlah nak bersidang berapa lama pun.) Nizar juga hendaklah berani mengadakan persidangan tanpa ada rasa takut terhadap injuksi tersebut. Persetankan arahan mahkamah. Rakyat yang melantik Menteri Besar , biarlah Nizar mengabai keputusan mahkamah," injunksi tidak valid" itulah yang sering dikatakan oleh PR.
Persidangan mesti diteruskan, Nizar perlu menyewa khemah dan diletakkan di bawah pokok mempelam tersebut dan jadikan ia sebagai dewan undangan negeri di bawah kerajaan PR. Pedulikan dengan dewan Suk yang dikunci oleh Dr Zamry. Persetan itu semua.
Untuk merasmikan persidangan juga tidak perlu mendapat perkenan Sultan. Dewan boleh menjemput DSAI , Hadi Awang atau TGNA untuk merasmikan dewan.
Untuk kawad kawalan keselamatan pula, Unit Amal boleh dikerahkan tenaga mereka. Jika selama ini unit amal tidak mempunyai senjata,( mengharapkan pistol air saja) bolehlah pergi ke Golok untuk membeli pistol-pistol tembak cicak atau pun pistol air yang banyak dijual di golok sempena Pesta Songkran tidak lama lagi.