Thursday, March 5, 2009
Krisis Diperak:Hakim sebenarnya adalah Rakyat
"Kemelut politik yang berlaku Di Negeri Perak sekarang ini semakin membimbangkan dan semakin merumitkan lagi keadaan.( Hang sorang saja yang bimbang, BN tak bimbang apa pun, kita tunggu saja keputusan mahkamah, kalau PR betul maka berkuasalah kembali Nizar dan kalau kalah Nizar tidak layak lagi bergelar YAB) berlaku di Luar Negara barulah mahu bubarkan DUN dan adakan pilihan raya.
Dalam keadaan sekarang DYMM Sultan Perak harus memainkan peranannya sebagai seorang Pemeritah Negeri yang adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti baik Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat.DYMM Sultan Perak harus melihat sendiri keadaan sebenarnya yang berlaku Di Negeri Perak tidak hanya mendapat laporan dari pihak-pihak tertentu sahaja. ( Sultan Perak adalah bekas Yang Arif lagi bijaksana, tahu yang mana kaca dan yang mana intan permata, tak perlu merayu bagai pengemis, Sultan sentiasa memerhati, Sultan telah lama bersabar dengan Nizar dan kali ini Sultan mahukan Nizar pula bersabar, hari ini 5 Mac, sudah dua hari persidangan pokok mempelan diadakan, bila lagi nak mengadap Tuanku. Bila lagi,,,,,kecut telurr Nizar,,,esok boleh kenduri pisang kat masjid kalau Nizar berani menyembah durhaka)
Dalam keadaan sekarang DYMM Sultan Perak harus membuat keputusan yang tepat bagi mengawal keadaan yang semakin tegang dan tidak ada kesudahannya dan yang pasti Rakyat Di Negeri Perak akan bergaduh sesama sendiri dan akibatnya sekarang pentadbiran Di Negeri Perak tidak boleh ditadbir urus dengan lancar yang mana akan merugikan Negeri Baginda itu sendiri. ( Akan ada kesudahannya, bila mahkamah yang bersidang dan menentukan keputusannya, semua pihak hendaklah akur dengan apa juga keputusan mahkamah. Rakyat mestilah akur dan tidak mengambil tindakan sendiri, seperti mana yang berlaku sebelum ini. Tindakan Sultan adalah berdasarkan undang-undang . Rakyat Perak berpegang teguh dengan 5 prinsip Rukun negara.)
Satu-satunya jalan penyelasaian bagi masalah ini adalah menjadikan rakyat Di Negeri Perak sebagai Hakim,DYMM Sultan Perak harus bertindak segera bagi menyelamatkan keadaan Negeri Perak yang semakin hari semakin rumit untuk di selesaikan.Dan sekarang seluruh Negara dapat lihat dah tak boleh nak kira berapa kes laporan polis dan saman di mahkamah di buat oleh kedua-dua parti bagi menegakkan kebenaran parti masing-masing.Biarlah rakyat Negeri Perak tentukan siapa yang sebenarnya layak untuk membentuk kerajaan Di Negeri Perak melalui cara yang penuh demokrasi dan bermaruah.....dengan mengadakan Pilihan Raya semula.
(Rakyat telah menjalankan tugas mereka pada 8 Mac 2008. Mereka telah memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri. Wakil Rakyat mempunyai kuasa executive dalam membuat sebarang keputusannya. Dengan kuasa yang ada juga wakil rakyat boleh membuat undi tidak percaya di dalam dewan. Dalam hal di Perak, proses demokrasi telah berjalan dan Pakatan Rakyat jatuh tersungkur kerana PR tidak mempunyai suara 2/3 dalam dewan.
Undang-undang sudah jelas, apabila dewan hilang majoriti, pihak satu lagi yang sudah mempunyai majoriti boleh membentuk kerajaan. Peralihan kuasa berjalan dengan betul dan benar, cuma Nizar dan kafir harbi saja yang buat-buat bodoh. Hari ini 5 Mac, Karpal masih belum menfailkan saman terhadap Sultan Perak, penakut dan bacul)