Sebentar tadi Dato Dr Hassan Ahmad menyangkal dakwaan Menteri Pelajaran bahawa Gerakan tersebut telah diperalatkan oleh pihak tertentu terutama Pakatan Rakyat.
Apa ni Dato? Sebelum ni telah buat. Bagaimana Dato ingin menafikan sedangkan Dato telah menjadi panel dalam banyak ceramah yang diadakan bersama Pas seperti Ceramah Agung PPSMI di Markaz Pas Taman Malewar pada 6 Mac 2009 yang lalu dan yang diadakan di tempat seperti di dewan cina dalam pos saya yang lalu.
Bagaimana pula dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Pas dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan di Masjid Negara.
Begini lah Dato....duduk lah rehat kat rumah atau main golf dan jangan lagi bekerjasama dengan puak-puak PR tu.
Dato dah pesan, perhimpunan secara aman dan bukan untuk mencetuskan rusuhan. Tapi itu kata Dato, mereka puak-puak PR bukan peduli. Macam depa pergi Mekah , bila sampai sana mereka buat puak dan usung bendera Pas padahal yang menguruskan mereka pergi ialah LUTH.