Friday, March 6, 2009
Sivakumar boleh hukum Hakim
"Dalam perkembangan yang semakin berkecamuk yang berlaku di Perak, aku tertarik dengan satu penjelasan dari karpal singh dari segi undang undang. Karpal kata dari segi undang undang speaker dewan boleh memanggil pesuruhjaya hakim yang mengeluarkan arahan injuksi baru baru ini.
(diulang sebut, Perak aman dan tenteram , biarkan jiwa orang Pakatan Riot sahaja yang rasa gelisah , resah dan pening. Tinggi mana ilmu kehakiman speaker hindu tu, sampai nak pecat hakim??? Orang Umno tidur lena, )
Ini boleh dianggap menghina dewan dan hakim tersebut boleh diambil tindakan oleh sivakumar. Mak oiii..kan makin menarik cerita kerajaan pasir berdengung sekarang. Pemimpin pemimpin UMNO yang bangang tu tentu dah makin pening.
( Pemuda Cheh yang tidak betul, sebab UMNO tak ada apa yang dirisaukan, Umno tak buat road show untuk menjelaskan apa yang berlaku, sebaliknya Nizar yang sibuk mencari simpati dari penyokongnya, Umno tak sibuk untuk mengadakan sidang tergempar, Umno tak sibuk untuk menukar Speaker.Kita tahu lambat laun speaker akan berubah juga)
Ditambah pulak dengan status hakim tersebut yang dah tamat tempoh perkhidmatan selama dua tahun. Belum dapat disahkan samada dia dah sambung kontrak atau tidak, tapi aku rasa 'lesen terbang' akan keluar tidak lama lagi yang mengatakan dia dah disambung kontrak lamaaaa dulu. Hampeh betui.
( ini tuduhan Pas sahaja untuk menyejukkan hati yang kecewa)
Nampaknya ini adalah satu permulaan era baru di malaysia. Malaysia menuju ke arah negara kacau bilau di masa akan datang. Mungkin selama sedekad akan datang undang undang akan ditegakkan melalui pergaduhan atau rusuhan. Ini kerana UMNO telah menginjak injak undang undang. Segala institusi telah runtuh nilai nilai moral. Apa saja yang pakar dalam bidang masing masing dah tak boleh digunapakai.
(lucu jugak ya,,,Tok Guru, yang buat kalau-bilau ialah Anwar Ibrahim, sejak 1998 dia dah mulakan kacau bilau, pertama kali ialah di Baling 1974)
1. Bahasa : Kalau nak menaikkan bahasa kita kena la rujuk kepada ahli bahasa atau sasterawan , A samad ke atau sapa sapa, ini tidak, A samad pun dia orang tak pakai.
( sejak A,Samad menentang PPSMI PAS dah seronok kat dia, boleh suruh anwar test dia)
2. Perlembagaan : Kena rujuk pada pakar perlembagaan : contohnya Dr Aziz bari, Dr aziz bari pun diaorang tak pakai.
( aziz bari adalah pakar undang-undang Pas , sebab tu nama dia sentiasa meniti di mulut Pas. Tak ada orang lain dah...untuk dibuat rujukan)
3. Undang undang : Kena rujuk pada ahli undang undang, peguam atau hakim.
Pada hakim dan majlis peguam pun diorang confius.
( Habis tu kenapa DSAI kata suara rakyat adalah hakim rakyat,)
4. Dewan undangan negeri : Kena rujuk pada speaker dewan, ini tidak, speaker dewan dia tak pakai, tapi setiausaha dewan yang di bawah speaker pulak dia dengar.
( siapa lantik speaker, siapa kuasa lebih besar dari speaker, kuasa siapa paling agung dalam dewan rakyat? Sultan atau speaker.
Speaker hindu wujud selepas PRU12, Setiausaha tu kakitangan awam, bergaji dan tetap berpencen, beliau sudah lama bertugas di dewan tersebut, dan beliau mempunyai kuasa terhadap dewan yang mulia.)
5. Pekida : Dalam nama ada 'dakwah', tapi anak dara, bini orang dia sapu, samseng pada orang melayu je.
( dalam Pekida ini Pas pun ramai, nampak sangat tak faham tentang Pekida)
6. Polis : Ada sesiapa yang rasa aman bila dengar nama polis??
(baguslah kalau sudah tak percaya polis, kalau rumah lu kena rompak tak perlu report polis)
7. Suruhanjaya rasuah. Selamat ke duit negara kalau bagi kat Ahmad said jaga?? Belum bicarapun dia dah bercakap kata MB khalid salah, ada udang disebalik VIDEO ke ahmad??
(biasalah, yang betul semua PR, yang tak betul semua UMNO.)
8. Mufti : Keluar hukum sekali sekala supaya orang perasan dia masih mufti. Pastu balik rumah renung anugerah MAAL HIJRAH ke apa ke sambil tersenyum. Api neraka mungkin dia fikir jauh dari dia kut sebab dia mufti.
(mufti adakan persidangan dan mesyuarat mereka, semua mufti terlibat, peringkat negeri juga ada majlis fatwa sendiri, itulah majlis syura Umno, mereka tidak terlibat dan melibatkan diri dalam politik, tidak seperti Pas, ada syura tapi hanya lakonan, Hadi juga berkuasa)
9; UMNO : Yang ni masih tak berubah. Bapak dia penjajah. Perangai dia pun penjajah. Raja dulu dulu dia bagi duduk selesa supaya tak masuk campur urusan negeri atau pun campur sekali sebelah dia untuk urusan negeri.
( kalau Umno tidak berubah, negara tidak akan maju, univeristi kekal 2 buah saja, lebuh raya PLUS pun tak ada, jambatan Pulau Pinang pun tak wujud.
tv pun hanya ada 2 stesen 1 dan 2, Mula jam 6 petang tamat siaran jam 12 malam.
Telefon, internet, handfon pun tak ada.
Sekolah pun tak banyak, ramai anak melayu pagi-pagi main dalam parit, budak-budak kerja kilang pun tak ada, anak-anak dara pagi-pagi cuci kain di sungai atau parit,
Orang melayu hidup di kampung-kampung, tak mampu beli rumah banggalo dan condomium, Kalau di kampung pula tak ada elektrik dan air paip.
Orang malayu kalau nak berjalan, berbondon-bondon naik bas dan keretapi, tak mampu beli kereta.
Itulah senario jika Umno tak berubah dan gagal membangunkan negara.
Pas tak nampak semua kemajuan dunia tu, Adakah Pas membangunkan semua tu,,??)
10. Senarai nama orang yang dulu perosak tapi sekarang nak nampak baik ...nombor satu MAHATHIR...yang lain kau tambah sendiri laaaa
( Apabila mengkategorikan Tun Mahathir sebagai perosak negara jelas menunjukkan puak-puak PR ini adalah manusia yang sengaja membutakan hati dan membutakan akal.
22 tahun Tun memerintah, melimpah ruah kejayaan dan kemakmuran negara dikecapi oleh rakyat.
Setiap tahun anak-anak mula berbondon-bondon menerima ijazah dan diploma untuk kemajuan diri.
Siapa punya usaha untuk membangunkan negara jika bukan Umno,
Pas hanya pandai masuk universiti dan meracun fikiran mereka agar menentang kerajaan dan menyokong PR. Si budak yang hingus belum cukup kering tu pun terpengaruh dan lupa diri.
Akhirnya gagal dalam pelajaran maka jadikan tukang jerit dan tukang baling batu dalam demonstrasi jalanan anjuran Pakatan Riot)