Menteri Dalam Negeri berkata: ‘‘Uthayakumar dari semasa ke semasa enggan menerima rawatan yang dijadualkan serta ubat-ubatan yang dibekalkan. ‘‘Berdasarkan rekod Tempat Tahanan Perlindungan (TTP) Kamunting, Taiping, Uthayakumar telah 18 kali menolak untuk rawatan dan ubat- ubatan termasuklah di Institut Jantung Negara (IJN).”. |
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini mendedahkan yang mereka mempunyai bukti kekecohan di pekarangan Parlimen pada 26 Februari lalu dimulakan oleh wakil rakyat DAP. |
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru |
Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu. |
Sultan Selangor sedih dan kesal dengan kebiadapan pihak tertentu yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu serta orang Melayu di negara ini. |
Kerajaan negeri Perak menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau, menilai dan menangani masalah penduduk luar bandar yang masih belum mendapat geran kediaman masing-masing, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. |
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil tindakan lebih berani dalam mengurus ekonomi supaya negara tidak mengalami kemelesetan. |
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk menyelesaikan isu pemindahan operasi bas dari stesen bas lama di bandar Klang ke Terminal Bas Klang Sentral di Meru yang menimbulkan kontroversi. |