Khamis, 26 Mac 2009

RM 200 juta untuk membaiki jalan, peparitan, longkang dsbnya.

Dalam pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkan oleh Najib , telah menampakkan hasilnya. Di Taiping telah banyak jalan-jalan yang rosak telah dibaiki segera terutama di kawasan Bukit Gantang. Ia lebih bermakna untuk memudahkan jentera pilihanraya BN ataupun pembangkang bergerak.

Cuma Pas sahaja yang tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha membaiki jalan-jalan tersebut. Mereka tetap mengkritik kerajaan dengan melabelkan ia sebagai projek mee segera.

Tahukah mereka bahawa kerajaan Perak masih tergantung. Sebarang projek sukar dijalankan kerana belum selesai kes mahkamah saman Nizar terhadap Dr Zamry. Rakyat Bukit Gantang bertuah kerana pakej rangsangan ekonomi telah dibawa turun ke sini.

Dalam perbualan dengan seorang rakan dari parti pembangkang , dia telah mempertikaikan projek menurap semula, hujahnya kerana ia tidak menguntungkan rakyat tempatan sebaliknya hanya menguntungkan mamak Mic yang menjadi kontraktor tersebut. Saya juga telah menjelaskan kepada beliau bagaimana pakej rangsangan itu dirasai semua kaum , bukan seorang sahaja.

Contohnya begini,

Bila si Samy Sanggam (kontraktor jalan) mendapat projek, maka syarikatnya mempunyai ramai pekerja dari berbilang kaum. Pekerja akan mempunyai kerja, kaum keluarga pekerja akan mempunyai pendapatan, kedai minyak akan mendapat keuntungan dengan hasil jualan petrol dan disel.

Kedai makan akan laris kerana pekerja akan berehat dan makan dikedai atau warung tersebut.

Pekerja kilang memproses tarmac juga boleh tersenyum kerana kilang mereka dapat beroperasi dan mereka tak akan terlibat dengan pemberhentian pekerja. Isteri dirumah juga boleh tersenyum kerana suami yang bekerja di kilang dapat membawa balik wang dan isteri boleh membelanjakan wang.

Makcik tukang jahit juga boleh menikmati ganjaran kerana isteri pekerja kilang tadi datang untuk mengupah makcik untuk menjahit baju.

Peniaga kantin sekolah juga memperoleh pendapatan kerana anak-anak akan membawa wang belanja ke sekolah. bak kata Tun Mahathir wang 1 ringgit kalau digunakan ia akan beredar 10 kali, 100 kali malah 1000 kali pun boleh. Tapi kalau 1 ringgit disimpan bawah bantal ekonomi tidak akan bergerak. malam risiko untuk musnah , ada jika rumah terbakar hangus.