Selasa, 31 Mac 2009

SPR KENA KREATIF DI BUKIT SELAMBAU

15 individu yang akan bertanding???Amazing...

SPR pening juga nak fikir nak cetak kertas undi, Ada kata nak buat dalam saiz A4.

Apa pun ok sahaja, tetapi yang saya nak syorkan ini mungkin ditolak oleh SPR walaupun ia kreatif.

Kertas undi biasanya dicetak secara hitam putih di atas kertas tebal yang berwarna. Dalam kertas hanya ada Nama calon dan lambang parti yang mereka wakili.

Di Bukit Selambau kekeliruan akan berlaku. Terutama kepada calon Bebas yang sudah pasti akan kalah besar. hanya PKR dan Bn saja akan mendapat undi tertinggi. 13 lagi mungkin hilang wang pertaruhan.

Saya ingin cadangkan supaya SPR mecetak gambar calon juga dan nama calon di bawah. Disebelah kanan letakkan lambang calon, dan bahagian tempat memangkah saja perlu diubahsuai.

Tak perlu sediakan pencel dan pemadam. Cuma gores sahaja macam gores tikit parking kereta. atau peraduan gores dan menang. Apa macam boleh terima tak SPR?

Kebaikannya ialah tak akan ada undi rosak.. kecuali yang lembab saja atau yang mabuk saja akan gores semua.