Isnin, 23 Mac 2009

UMNO kini dan dahulu

Hari ini orang bukan Umno banyak memperkatakan tentang parti Melayu yang unggul ini. Paling keras bercakap mengenai Umno ialah Pas dan juga seorang yang bergelar Mat Punggung. Mat Punggung ni bukan apa , cuma nak tunjuk kepada rakyat bahawa dia kuat, dia berkuasa menjatuhkan kapalterbang yang berada di langit. Mat Punggung ini seorang pendendam. Orang yang pendendam manusia jenis apa ? (Tanya ustaz lah)

Baru-baru ini Markus Lim pengulas politik telah bercakap di tv mengenai perbezaan Umno dahulu dan Umno hari ini. Markus Lim ini saya puji dia sebab dia amat fasih bertutur bahasa Melayu, berbanding dengan wakil-wakil rakyat DAP yang amat buruk bahasa Melayunya.

Menurut Markus Umno dahulu dipimpin oleh kalangan guru-guru dan hari ini ini dikuasai oleh golongan koperat, ahli perniagaan dan ramai lagi dari golongan Melayu yang mempunyai kedudukan tinggi. Saya setuju sangat dengan apa yang disebut oleh Markus Lim itu.

Guru dahulu kebanyakan ialah keluaran SITC dari Tanjung Malim, salah seorang pemimpin yang tersohor ialah Tun Gafar Baba dan ramai lagi yang seangkatan dengan Tun. Maktab Perguruan Tanjung Malim ini pada zaman dahulu sama macam universiti lah hebatnya, begitu juga dengan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka yang banyak melahirkan tokoh-tokoh wanita Umno yang berjasa kepada negara. Bukan senang nak masuk jadi guru pada waktu itu. Nak tahu gaji guru berapa? kalau tak silap saya 4- 13 ringgit sebulan.

Hari ini kepimpinan Umno banyak dikuasai oleh ahli-ahli perniagaan melayu yang mempunyai syarikat-syarikat yang besar-besar. Balik ke kawasan pun dengan Toyota Alphard, Mercedes, Bmw ataupun Cayenne. Mereka ini sudah mengambil tempat guru-guru dan ustaz-ustaz di kampung.

Untuk pengetahuan Markus Lim, Itulah hasil kejayaan yang dilakukan oleh UMNO setelah memerintah negara selama 52 tahun. Umno tonggak BN telah berjaya melahirkan generasi muda yang berjaya. Ramai mereka berjaya memperolehi sarjana atau kedoktoran dari universiti dalam dan luar adalah kerana dasar-dasar kerajaan yang adil. Walaupun anak Melayu memperolehi syarat kelayakan masuk ke universiti yang boleh dikatakan cukup makan, akhirnya mereka berjaya keluar dengan segulung ijazah untuk meneruskan kerjaya mereka. Nizar bekas MB Perak pun berjaya sehingga menjadi jutawan kerana dasar Umno.

Ramai pemuda-pemuda Umno yang berjaya dalam politik juga memperolehi didikan dari Umno. Ramai juga sahabat-sahabat saya yang hanya mempunyai kelayakan akademik yang rendah tetapi menjadi seorang jutawan yang berjaya berkat usaha dan kesabaran mereka dalam kerjaya yang mereka ceburi.

Memang betul, puak-puak pembangkang menuduh Umnoo kronisme, sebab mereka Umno lah mereka senang dan mudah untuk mendapat tender atau projek kerajaan. Tak kan lah kerajaan nak bagi projek kepada pihak musuh. Pas jangan lah marah, ramai juga orang Pas yang kaya raya sehingga menjadi jutawan kerana memperolehi tender dan kontrak kerajaan. Yang dok busuk hati tu, ialah mereka yang tidak dapat apa-apa. Lalu mendapat gelaran PHD.

Orang Pas kalau nak berjaya jangan dok dengki dengan Umno, saya mencadangkan remaja-remaja Pas yang gagal masuk universiti tu, atau graduan Pas yang gagal mendapat kerja jangan lah malu untuk belajar dari pemuda-pemuda Umno yang berjaya. Isi lah borang Umno dan jadilah ahli Umno yang setia, berkawan lah dengan mereka yang berjaya. tetapi ingat jangan bertindak untuk menjatuhkan orang lain tetapi belajar bagaimana mereka berjaya.

Penutup cerita tak kisahlah mereka usahawan berjaya atau ahli koperat berjaya ingin mendapat tempat dalam barisan kepimpinan Umno baik di peringkat Exco Pemuda Umno Malaysia atau Majlis Tertinggi Umno. Mereka sebenarnya telah dilahirkan sendiri oleh Umno sebagai warga yang berjaya.

Mereka telah membuktikan kepada negara bahawa mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya. walaupun kadang-kala terbabas seperti YAB Ali Rustam. Main bola pun kadang-kadang dapat Kad Kuning atau Kad Merah. Bukan ada apa yang melibatkan jenayah.

Ali Rustam tak ambil pistol untuk tembak pihak lawan. Indera Putra Mahyudiin pun kena Kad Merah kerana terlibat dengan insiden bola yang sengaja atau tidak sengaja tanpa sedar atau secara sedar. Maka Kad dilayangkan kerana kesalahan yang dilakukan. Pernahkah Indera Putra Mahyudin belasah pemain lawan sampai mati di tengah padang.?

Fikir-fikirkan lah.

p/s

Pengundi Cina dari DAP akan terus menyokong Nizar di P59 kerana jika Nizar menang Dap Perak akan kembali bernafas. Dap juga telah mewar-warkan akan meletakkan calon Melayu yang lebih pius kepada Agama Islam sebagai langkah awal untuk meraih sokongan Melayu agar menerima Dap dan Keluarga Lim yang akan terus menguasai Dap.

Hari ini dengan kebodohan Karpal dan Gobind maka pengaruh Signh akan lenyap dalam Dap. Keluarga Lim, Keluarga Ngeh, Keluarga Nga dan Keluarga Nizar tidak perlu bersusah payah menyingkirkan Keluarga Singh kerana mereka jatuh ke laut dengan sendirinya seperti kisah Labu.