Rabu, 29 April 2009

Anwar Tidak Percaya Mahkamah

Anwar buat demo anti Rusia sahaja dan tidak kepada USA

Anwar pernah berkata dia tidak percaya kepada sistem perundangan di negara ini, termasuklah mahkamah tetapi mengapa pula setelah kena buang dari kerajaan baru tak percaya dengan
mahkamah.

Kalau mahkamah boleh dibeli oleh Umno sudah tentu Umno tidak dibatalkan pada tahun 1987 sehingga berlaku krisis untuk mewujudkan kerajaan.

Lagi satu perkara yang paling ketara, kalau lah kerajaan boleh kawal mahkamah sudah tentu kerajaan tak akan adakan undang-undang ISA.

Sebab jika sesuatu kes itu kerajaan mahu orang dipenjara kan, kerajaan boleh bagi tahu mahkamah.

Buat apa kerajaan guna ISA yang boleh mencacatkan nama baik kerajaan itu. Kerana tidak dapat kawal mahkamah , kerajaan terpaksa menggunakan ISA bagi setengah kes.


Penyokong-penyokong Anwar yang ganggu Anwar pergi mahkamah pun satu hal juga.
Apa ? depa ingat Anwar itu lebih besar dari segala-galanya kah?

Penyokong-penyokongnya tak sedar bahawa Anwar jadi orang besar, jadi terkenal melalui UMNO.

Penyokong totok dia tu ramai yang pada asalnya tak ada parti pun tetapi kaki bangkang no 1.