Langkau ke kandungan utama

Jangan guna Nombor Setan 666

Misteri kereta sport 666 terbakar


BEBERAPA orang melihat kereta Dodge Viper yang mempunyai plat 666 rosak teruk selepas terbakar.



KERETA Dodge Viper yang mempunyai plat bernombor 666 sebelum terbakar.


KOSTROMA - Sebuah kereta sport buatan Amerika Syarikat (AS), Dodge Viper dengan nombor pendaftaran 666 yang kerap dikaitkan dengan pembawa nasib malang dan nombor syaitan, hangus dalam satu kebakaran di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam insiden di Rusia itu, kereta berharga AS$91,220 (RM327,275) yang mempunyai keupayaan 600 kuasa kuda (bhp) itu meletup.

Apa yang ganjil, kebakaran itu bermula dari bahagian dalaman kenderaan yang belum diketahui puncanya.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada terdapat individu yang cedera dalam letupan tersebut.

Angka 666 mencetuskan misteri kepada ilmuwan Kristian sejak beberapa abad lalu kerana ia dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya.

Menurut kepercayaan penganut Kristian, angka itu tidak boleh diniagakan kerana ia dipercayai sebagai nombor syaitan.

Sebelum ini, nama seorang Maharaja Rom, Nero, dikatakan menyamai angka 666 apabila ejaannya dinilai menggunakan sistem abjad Ibrani.

Nero terkenal dalam sejarah sebagai seorang maharaja yang amat kejam kerana membunuh penganut Kristian dengan sewenang-wenangnya.

- Agensi

Ulasan

  1. SALAM ZIARAH BRO
    MENARIK ARTIKEL NI. ADA LG SATU MANUSIA YG MASIH MENUNGGU NO. YG X KUNJUNG TIBA. DR DLU SAMPAI SKRG X ABIS2 KIRA NO. "I HAVE THE NUMBER..16 WILL BE MY DAY AS A PM..BLA..BLA..BLA...MINTAK2 TEBAKAR LA MANUSIA TU MCM KETA VIPER TU HUHUHUH

    BalasPadam
  2. ni lah ajaran islam hadari yg cik taiping belajor ni. adaker 666 tu nombor setan. aper tujuan cik taiping siarkan cerita ni? sekadar info atau memang cik taiping pecaya wujudnya nombor setan tu?

    kalau sekadar info saya harap lain kali cik taiping berhati-hati ketika memilih tajuk. iman cik taiping bolehla diibaratkan senipis kulit bawang.

    BalasPadam
  3. Tapi gunalah nombor al-Quran 6666

    BalasPadam
  4. aaaiiiih seram sekai.. brrrr

    BalasPadam
  5. no lain ialah 301, 501. darulehsan sila ambil perhatian

    BalasPadam
  6. Darulehsan tu geng Freemason sama dgn boss dia La Exos, sebabtu buat-buat tak tahu dengan 666, 501 , 301 , dll.

    Dia mungkin dapat sponsor dari Soros yang guna no 666.

    BalasPadam
  7. benci politik kotor21 Mac 2011 11:21 PTG

    kpd umat islam, jgn pcaye lgsung dgn bnde karut ni. yakin lah sesuatu yg berlaku itu atas kehendak Allah SWT dan bkn nonbor yg menentukn.jdknlah al-Quran sbgai panduan hidup kita.

    BalasPadam
  8. Itu lah kepercayaan kepada setan. 666. sebenarnya mereka akan buat sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Ayat quran ada 6666 ayat. mereka buat satu. cuba lihat logo sonic cartoon, 666 pada vodafon, dan topeng spider man. lihat dan kaji

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAU 1987: Najib Penyelamat Nyawa Politik Dr Mahathir. Tapi kenapa dia bencikan Najib?

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

*PADA* malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun yang lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini di antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah pun hilang dari pandangan setelah 'direbahkan' (flattened) untuk dibuat bangunan baru, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu prebutan kuasa antara dua tokoh - Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hotel Hilton menjadi markas jentera kempen Dr Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan c…

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…