Ahad, 19 April 2009

Pas Betul dan Elizabeth pun betul

Kelantan sokong Selangor

KOTA BHARU 18 April - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob bersetuju dengan keputusan Kerajaan Selangor mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Beliau berkata, pihaknya percaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah membuat kajian mendalam sebelum keputusan itu diambil.

"Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau Kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah.

"Menteri Besar Selangor lebih mengetahui keadaan sebenar dan saya percaya dia buat keputusan setelah mengkaji sedalam-dalamnya," katanya di sini hari ini.

Ahmad turut menyifatkan masalah itu isu dalaman sebuah kerajaan negeri yang boleh diselesaikan oleh mereka sendiri.

"Orang lain yang 'membuka' peribadi (Elizabeth). Ia berlaku dalam rumah. Kalau dikatakan masalah moral, orang yang ambil gambar itu yang tidak bermoral, bukan dia yang tidak bermoral," katanya.

lawak lawak...Hilme yang tak bermoral kerana menjadi kekasih Eliz,,,, stupid statement

Elizabeth jumpa Nik Aziz

KOTA BHARU 18 April - Exco Selangor, Elizabeth Wong (gambar) telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 di sini petang ini.

Bagaimanapun Elizabeth berkata, pertemuan 45 minit itu tidak membincangkan soal isu moral melibatkannya tetapi lebih kepada perbincangan mengenai hubungan antara kaum.

Katanya, tujuan utamanya ialah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana memahami situasi dihadapinya dengan mengeluarkan kenyataan mempertahankan beliau kira-kira dua bulan lalu.

Eliz tak salah yang salah Hilmi,,,,,hua hua hua.,....yang salah BN dan Umno,,,,kaung kuang kaung

"Pertemuan ini berlangsung dengan penuh kemesraan dan saya melihat beliau begitu senang untuk berbual.

"Pertemuan ini untuk saya ucap terima kasih kerana beliau memahami situasi saya. Tujuan lain ialah mengucapkan selamat menunaikan umrah kepadanya Isnin ini," katanya.

Supaya Nik Aziz berdoa agar dipercepatkan jodoh Eliz dengan Helmi , keh keh keh

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan di sini hari ini.

Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan menyambung semula tugasnya semalam selepas menerima tawaran kerajaan negeri untuk kekal dalam dua jawatannya itu.