Rabu, 1 April 2009

Pemimpin BN yang mesra rakyat





Apa yang saya perhatikan semasa proses penamaan calon ialah kepimpinan parti kedua-dua calon yang bertanding. Dari apa yang saya alamai dan saya lihat ialah kemesraan pemimpin-pemimpin komponan parti BN lebih mesra rakyat. Senang dilihat dimana sahaja dan mudah untuk bermesra dengan penyokong-penyokong parti. Mereka bersalaman dan bergambar dengan orang ramai tanpa memilih warna dan lambang.

Apabila saya meronda di sebelah kawasan Pembangkang iaitu Pas di Jalan Kota, suasana harmoni dan damai tiada. Yang ada ialah jerit pekik puak-puak gurkha adalah. Walaupun jeritan dan provokasi mereka tidak dilayan oleh kem BN tetapi mereka tetap terus terpekik terlolong. Adakah mereka dbayar untuk berbuat demikian.

Pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat juga tidak kelihatan untuk bermesra dengan pengikut-pengikut mereka. Nampaknya pemimpin Pakatan Rakyat lebih menjaga status dan kelas mereka untuk tidak turun bersama dengan rakyat.