Jumaat, 22 Mei 2009

323 Pelajar India Dapat Biasiswa JPA, Kata Subramaniam

PUTRAJAYA, May 22 (Bernama) -- Sebanyak 323 pelajar India mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan 171 daripadanya adalah untuk program ijazah di luar negara, kata Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata baki 152 lagi biasiswa itu diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di lima universiti swasta tempatan yang diiktiraf oleh JPA iaitu Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Monash, Nottingham, Curtin University of Technology dan Swinburne.

Menteri Sumber Manusia itu juga berkata kira-kira 240 pelajar India, ramai daripadanya memperoleh keputusan cemerlang telah merayu kepada JPA untuk menimbangkan permohonan mereka.

"Saya telah bincangkan perkara itu dengan JPA dan kami menjangkakan keputusannya pada minggu depan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Dr Subramaniam berkata beliau juga telah bincangkan perkara itu dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

"MIC menerima banyak kes rayuan, terutamanya bagi biasiswa luar negara, dan kami telah mengenal pasti pelajar berpotensi yang rayuan mereka wajar dipertimbangkan oleh JPA," katanya.

Tahun lepas, 163 pelajar India mendapat biasiswa JPA bagi program ijazah luar negara.

JPA telah menemuduga 8,363 daripada 15,084 calon yang telah memohon bagi biasiswa bagi program ijazah di luar negara antara 31 Mac dan 3 April tahun ini.

Hanya 2,000 pelajar ditawarkan biasiswa untuk belajar di luar negara bagi kursus yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

-- BERNAMA


Tahniah, Bila tamat belajar nanti jangan lupa diri jadi macam 5 celaka Hindraf...