Terlebih dahulu taipingmali mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamuan Ismail Yaakub 60 . TDun Manik Urai. Belum pun jenazah dikebumikan sudah ada suara Pas yang mengingatkan supaya Umno tidak meletakkan calon di situ sebagaimana yang berlaku di Penanti Pulau Pinang.
Kok yer pun tunggulah selesai jenazah diuruskan. Lupakan seketika soal siapa yang nak bertanding. Kamaruk sungguh nampaknya,
Taipingmali ingin mencadangkan nama ini kepada Pas Kelantan, calonkan lah Nizar sebagai Adun Manik Urai dan sudah tentu Nizar akan menang besar. Kali ini kita akan lihat kelibat Ngeh dan Ngar akan memakai semutar untuk berkempen.
Tak ada salahnya jika Nizar bertanding disana memandang dia adalah orang nombor 2 paling popular di Malaysia selepas Un-War .
Kelantan merupakan kubu kuat Pas dan ramai taiko-taiko Pas dari seluruh negara mempunyi kerusi dun disana. Maklumlah Kelantan ketandusan kepimpinan Pas. oleh itu kerusi Dun menjadi lubuk emas kepada orang-orang kuat Pas untuk membentuk karier politik mereka.
Sama-sama kita harapkan agar Nizar menjadi calon Pas Manik Urai dan diharapkan supaya Nizar melupakan hasratnya untuk membawa kes ke Mahkamah Persekutuan. Sesungguhnya permohonan Nizar akan menjadi sia-sia kerana akan ditolak dengan kos.
Sudahlah bawa-bawa bertenang, jagalah kawasan yang anda menang tu,,,takut nanti jadi seperti peniaga buluh kasap. Tak cukup turun padang hanya untuk makan kenduri. kebajikan penduduk kena ambil berat, Apa perancangan Nizar untuk membangunkan Bukit Gantang dan Pasir Panjang? Mana blueprint mana agendanya? Tak nak jadi wakil rakyat makan gaji buta tetapi tak buat kerja. Haram tu,,,
Satu persoalan mana datang duit Nizar mampu bertanding di Bukit Gantang, mampu bawa kes ke mahkamah , mampu bayar fee lawyer yang ramai. Kaya sungguh lah dia ni.. Berapa zakatnya tiap-tiap tahun..?
Akhir kalam , Taipingmali sekali lagi menyeru kapada Nizar supaya pergi buat Umrah. ambil lah sebulan cuti dan berehat cukup-cukup di Mekah supaya kembalinya ke tanah air akan berubah dalam segala segi dan bentuk tindakannya agar menjadi insan yang merendah diri, ikut resmi padi..