Jumaat, 22 Mei 2009

SELESAILAH SUDAH SEBUAH .......................(KLIK)

Hakim Yang Arif lagi Bijaksana, itu lah istilah yang diajarkan kepada kita sejak kecil lagi jika kita menyertai pertandingan-pertandingan Kokurikulum atau pun ko-akademik. Guru sentiasa mengingatkan kita jangan lupa ayat itu.

Bila kita dewasa ayat itu lah yang dibawa dalam kehidupan kita, Mahkamah telah menjalankan tugas mereka, Kadangkala memihak kepada kita dan kadang-kadang tidak. Bagaimanapun mahkamah di negara ini bukannya satu. Ada beberapa peringkat. Pertama Mahkamah Pesekutuan, turun ke bawah ialah Mahkamah Rayuan level ke tiga ialah mahkamah Tinggi dan seterusnya mahkamah rendah. Mahkamah rendah pun ada beberapa peringkat lagi.

Jika satu gagal , kita bawa ke atas lagi, gagal lagi boleh merayu lagi, dan paling tinggi ialah YDP Agung, Kes hukuman mati pun jika diampunkan oleh Sultan maka bebaslah orang yang bersalah, seperti kes pembunuhan politik tahun 80an dahulu. di Negeri Sembilan. Siapa? cari sendiri..

Diharapkan dengan selesainya kes Nizar vs Zamry dan keputusan memihak kepada Zamry 3-0 maka tamatlah satu episod konflik dua pihak di Perak. Selepas ini bolehlah Zamry masuk ke rumah rasmi Menteri Besar, Bolehlah mencetak gambar untuk diedarkan ke Jabatan-jabatan kerajaan. Maka pembayaran kerja kepada kontraktor pun boleh dilunaskan, permohohan pindah milik tahan pun dipercepatkan, ramai yang mengeluh projek pembinaan rumah tak dapat diselesaikan.

Kepada pihak yang kalah, cukuplah, tunggulah PRU 13 kita berlawan lagi, ikut sistem demokrasi berparlimen. raja berpelembagaan.

Selesai satu bab , Taipingmali boleh tidur lena malam ini.