Ahad, 24 Mei 2009

AGS 10 Mesti diperiksa oleh Puspakom

Mohammad Nizar serah kereta rasmi Toyota Camry
24/05/2009 4:23pm

IPOH 24 Mei — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar, Toyota Camry, nombor pendaftaran AGS 10 kepada kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Pembantu Khas Mohammad Nizar, Amran Harun berkata Mohammad Nizar menyerahkan kunci kereta itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan itu pada kira-kira 8 pagi berikutan hari ini adalah cuti hujung minggu untuk kakitangan kerajaan.

Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu, kata Amran kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

— BERNAMA
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ulasan Taipingmali,

Akhirnya pagi ini Nizar menyerahkan AGS10 Camry 2.4 kepada Kerajaan Negeri Perak setelah menggunakan secara haram untuk beberapa bulan.

Untuk memastikan kereta tersebut masih boleh digunakan dan boleh dilelong elok esok pagi Isnin 25 Mei 2009 Pihak perbendaharaan negeri menghantar kereta tersebut ke Puspakom, Toyota atau mana-mana agensi kerajaan seperti jabatan kimia untuk memastikan kereta tersebut dalam keadaan baik dan tidak disabotaj.

Tindakan undang-undang patut diambil jika ada yang tidak kena dan tidak betul ke atas Nizar kerana ia melibatkan wang rakyat Perak.