Nik Aziz tidak senang
KUALA LUMPUR 23 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.
Beliau turut menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.
"Kenapa pakatan pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui undi, tetapi dirampas oleh UMNO dan BN secara melarikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyokong mereka," katanya.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini hari ini.
========================================================
BILA NIZAR MENANG DI MAHKAMAH TINGGI.....SEMUA OK SEMUA BAIK, MENGIKUT LUNAS PERUNDANGAN. SEKARANG SEMUA SUDAH TERBALIK KUANG.TAK TAU LAH,,,,NYANYUK DAH KUT...