Khamis, 28 Mei 2009

BULAQ,BULAQ, BULAQ, BULAQ

Bulaq atau bulak adalah sebutan orang Sarawak. Ia bermaksud bohong. Hampir semua kaum menggunakan istilah bulaq. oop Melanau guna perkataan lain 'Budai'.

Taipingmali ingin mengaitkan bulaq atau bohong dengan kes mogok PR di Ipoh yang masuk hari ke2. Baru selesai 48 jam. ada lagi 24 jam.

Adakah mereka benar-benar mengadakan mogok lapar? Jawapannya adalah tidak benar dan tidak ada kelaparan atau kebuluran pun. PR ialah parti Penipu Rakyat (PR) tak kan lah mereka bodoh untuk berlapar. Apa yang dilakukan hanyalah satu lakonan semata-mata, gimik politik murahan.

David Blaine pun bijak menipu orang dengan berlakon duduk dalam ais. Tv pernah mendedahkan cara menipu dalam satu rancangan tv. Nama rancangan tak ingat , lupa dah. Gajah pun mereka boleh hilangkan, Menara Eiffel pun boleh dihilangkan. Inikan pula mogok lapar yang dibuat dalam bangunan.

Kalau nak telus dan tak tipu mereka kenalah buat mogok lapar di tempat lapang. tak ada bantuan hayat dan sebagainya.
Tentang puasa sunat oleh Pas pun sama . apa nawaitunya? kenapa semua berpakaian hitam? Ohh.., ikut budaya Cina mati kut? Sivakumar pun terpengaruh dengan Dap. Sepatutnya Siva memakai dotti. Nizar pula pakai kain putih tanpa jahitan. baru lah cun.

Walau bagaimanapun taipingmali mengucapkan tahniah kepada PR kerana berjaya sekali lagi dalam mainan politik dan menipu rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Meminjam kata-kata Dr Abu Hassan. Hanya yang budi mengenal budiman. he he he...

AGIK IDUP AGI NGELABAN. (cogankata askar 3 Renjer Taiping.)