Rabu, 27 Mei 2009

Pemilihan MT Parti-Parti Politik Malaysia

Umno sudah pun selesai bersidang pada 28 Mac 09 yang lalu, dan DS Najib telah ditabalkan menjadi PM , Mic juga sudah selesai dengan Sammy Vellu menang sebab tak ada orang boleh mencabarnya. Paling menarik perhatian ialah PPP. Pas sedang rancak berkempen.

PALING PANAS DALAM SEJARAH PEMILIHAN PAS kali ini. Semuanya kerana tangan-tangan Anwar di dalam Pas.

Eh!!!!!sebut pasal Anwar teringat pula Kongres Nasional Parti Keadilan 2009. Mungkin diadakan pada hujung tahun ini. Ada pemilihan juga kah? Kalau ada sudah tentu sudah ada sok sek sok sek mengenai siapa nak bertanding atau tidak. Dah cukup masa tu kena buat pemilihan. Dengar khabar pula Anwar belum bersedia untuk mengadakan pemilihan MT tahun ini.

Kalau belum bersedia ,hmmm bila pula? tahun hadapan 2010 atau 2011 atau 2012 atau 2013. Yang mana satu? Adakah Anwar nak membersihkan parti secara sikit-sikit melalui PRK dan memecat atau menyingkirkan musuh-musuhnya di dalam parti. ( Taipingmali lebih suka korban buah bidak catur)

Tak kisah lah tu, nak buat pemilihan ka, tak buat ka. orang Pkr tak kisah dan tak ambil peduli, yang penting boleh jerit REFORMASI cukuplah. Pak sheh atau Pak Non boleh kelentong ahli-ahli dengan ceramah politik sehinggakan ahlinya lupa akan dasar dan perlembagaan parti.

Tukar topik pula. Anwar semakin gelisah dengan tarikh 1 Julai 2009, kerana kes liwatnya, Adakah dia juga akan melarikan diri seperti RPK? atau dia nak menunjukkan anak jantan di kandang orang kena tuduh. sama-sama kita tunggu. Yang pasti Anwar amat ketakutan untuk menghadapi tuduhan.

Sedarkah tuan-tuan bahawa Anwar telah menjadikan politik Malaysia seperti politik Amerika. Tang mana yang sama tu? Dia telah berjaya menjadi politik Malaysia hanya ada 2 parti . Sekarang di negara ini ada Parti A dan Parti B sahaja. Kalau ada banyak parti susah untuk Anwar berkuasa. Hari ini Anwar sudah berjaya memecahkan monopoli BN dengan wujudnya PR. dan Pas menjadi tunggangan Anwar untuk mencapai cita-citanya.

Pas pula sudah terjerut leher dan sukar untuk keluar dari pakatan kerana sudah ramai kuda trojan dalam Pas. Pas rosak dan musnah dari dalam seperti penyakit kanser . Kulit saja Pas dan isinya roh Anwar.

Dap tidak ada masalah janji Malaysian Malaysia berjaya di tubuhkan maka tercapai lah cita_cita doktrin 1930 di Singapore. Tetapi ingat Dap lebih bijak dari Pkr. hari ini di merendah diri dengan Pkr dan pada masa yang sama kuda trojan Dap juga bersedia akan mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Melayu kena sedar diri jangan jadi melayu haprak menyokong Anwar , Pas atau Dap.