Rabu, 27 Mei 2009

Dap Perak buat kerja dajal lagi

Setelah kalah di mahkamah isu siapa MB sebenar Perak, ingatkan mereka duduk diam. Rupa-rupanya sudah ada agenda jahat yang siap disusun dalam fail meja mereka. Jika pelan A gagal maka pelan A1 pula keluar, gagal lagi A1 maka akan keluar pelan strategik A2, sementara nak sampai ke pelan Z entah berapa ribu pelan yang sudah siap disusun oleh mereka.

Yang seronoknya mereka adalah perancang dan pelaksana ialah Pas dan Pkr (lebih senang ialah sebut Melayu lah) wang ringgit tidak menjadi masalah. Sebut sahaja berapa mahu belanja. Duit ada.

Semalam di Ipoh pelan kerja beberapa bulan lalu telah direalitikan. Tengok nasib lah (judi) untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Apa tu? Jawapannya ialah perancangan untuk menyaman kerajaan Perak kerana menamatkan JKKK yang ditubuhkan oleh PR Perak. Sebelum ini mereka tak berani bawa ke mahkamah selagi tak selesai kes MB yang sah.

Hari ini Dap mengakui bahawa kerajaan Perak ialah kerajaan BN sebab tu lah mereka meneruskan saman mereka sebanyak 80 juta ringgit.

Ini juga membayangkan mereka akan kalah buat kali kedua dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan, begitu juga dengan protes mogok lapar yang sedang berjalan. Mereka seolah-olah meratap dan merintih agar Tuanku Sultan bersimpati kepada mereka dan bersetuju untuk membubarkan Dun sebagai jalan penyelesaian yang terbaik. Itulah harapan Dap dan mereka yakin 100% kemenangan akan berpihak kepada mereka.

Inilah yang dikatakan ular lidi nak jadi naga. Harapan taipingmali ialah satu sahaja, semoga rakyat Perak terutama Melayu sedarlah akan permainan politik buruk warisan bintang 3 ini. Janganlah kita tertipu dan terperangkap dengan hujah-hujah mereka dan jangan menjadi lembu cucuk hidung.

Akhir sekali taipingmali menyeru agar pembaca tulisan ini supaya memastikan setiap individu dalam keluarga kita hendaklah mendaftar sebagai pengundi. Pastikan PRU 13 kita menang besar. Begitu juga kepada kaum keluarga yang berada di luar Perak. kekalkan tempat mengundi di Perak.

Sama-sama kita hapus kan ideologi bintang 3 yang cuba mendominasi negeri ini secara halus dan terancang.