Jumaat, 29 Mei 2009

LU MAHU MATI?

Meminjam wang dari Ah Long atau cetee haram memang bahaya. Pinjam 1000 ringgit tapi bertahun-tahun tak selesai-selesai. Bunga jadi pokok, pokok jadi bunga, bila nak langsai hutang. Sudahnya ramai peminjam menjadi sengsara hidup.

Dalam akhbar sudah banyak didedahkan tentang jenayah Ah Long yang menginaya atau menyeksa peminjam yang liat membayar hutang.

DiTaiping, taipingmali memerhati ramai orang melayu yang meminjam dari Ah Long, tetapi pinjaman tidaklah setinggi pinjaman kaum lain. Ada pemilik syarikat bas yang tutup perniagaan kerana Ah Long, pemilik pusat jualan pokok hiasan yang besar dan gah pun akhirnya tutup, begitu juga dengan sebuah restoran mamak yang popular di Kamunting, juga terpaksa menutup perniagaan kerana hutang Ah Long.

Kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan dan juga tentera dilihat ramai yang mengunjungi syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen mahupun tidak berlesen untuk membuat pinjaman segera.

Paling menarik setiap hujung bulan, Ah Long akan membawa kad-kad ATM peminjam dan mengeluarkan wang di setiap cawangan bank yang ada di sekitar Taiping dan kawasan-kawasan berhampiran. Ah Long akan menghabiskan masa satu atau dua jam di setiap mesin ATM semata-mata untuk mengambil wang dari kad ATM peminjam.

Pada mulanya taipingmali hairan bagaimana Along boleh mengingat semua nombor PIN setiap kad tersebut. Setelah lama memerhati baru lah taipingmali perasan bahawa semua kad ATM telah ditukar nombor PIN kepada satu nombor yang sama, ini berdasarkan cara Ah Long memasukkan nombor PIN, pola gerakan jarinya ada sama.

Sungguh mudah kerja Ah Long dengan adanya sistem ATM. Ini bagi peminjam wang ada akaun bank dan ada kad ATM. bagi peminjam yang tiada kad ATM along akan menghantar wakil mengutip hutang setiap hari. Mereka inilah yang selalu kesuntukan wang dan culas membayar hutang setiap hari dan ramai yang menjadi pelarian dan sentiasa dikejar oleh Ah Long, bila dapat tangkap alamat kena seksa bagaikan anjing. seperti yang didedahkan dalam akhbar baru-baru ini.

taipingmali menasihatkan kepada diri sendiri dan anda, jauhilah AH LONG.