Jika kita pernah mendengar ceramah atau ucapan atau percakapannya jelas menunjukkan Nizar seorang penipu , kuat berbohong dan ia adalah kerana dia bukan pembela negara bangsa sebaliknya iaah pembela diri sendiri.
Setiap ucapan penuh dengan hujah bela diri. Khusus untuk menaikkan dirinya, menegakkan benang basah dan menipu rakyat dengan hujah-hujannya. Rakyat Perak terpedaya dengan selok belok dia bercakap dan ramai mengikut pas mempercayaainya.
Hari ini Tvpas telah mengeluarkan rakaman video mengenai persidangan 7 Mei 2009, Jika anda pernah melhat video yang disiarkan oleh blog-blog BPN dan membandingkan dengan video TVPas jelas menunjukkan pembohongan mereka. Video diedit dengan baik dan menyembunyikan tingkahlaku buruk mereka terutama wakil rakyat Dap .
Tv pas sebenar dan membesar-besar kesalahan dan momokan kepada BN. Mereka juga menyalahkan Polis yang berpakaian awam yang masuk ke dewan atas permintaan Speaker Ganesan untuk mententeramkan suasana tegang.
Anda cari lah vcd tersebut, mintalah dari orang Pas atau cuba cari di pasar malam atau kedai buku Pas, mungkin ada.
TvPas bijak memanipulasikan suasana seolah-olah kekacauan di dalam dewan dimulakan atau dicetuskan oleh BN.