Ahad, 31 Mei 2009

Pakatan Rakyat adalah Lanun Moden.


Semalam Taipingmali telah ke Kedah lagi, kali ini adalah kerana jemputan walimatulurus di Yan, pergi melalui Lebuh raya dan keluar melalui Gurun.

Sewaktu balik taipingmali merayau menggunakan jalan pantai sehingga ke Tanjung Dawai, keluar ke arah Sungai Petani dan masuk semula ke Kuala Muda.

Sebelum pulang ke Taiping ,Taipingmali sempat melawat ke Pantai Merdeka dan paling menarik ialah kompleks monumet peristiwa Tsunami 2004 di Kampung Kuala Sungai Muda. Hajat di hati untuk singgah meninjau situasi PRK Penanti terpaksa dibatalkan.

Sepanjang pemerhatian Taipingmali di Kedah, Kedah Darul Aman telah pun menjadi sebuah negeri maju berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung. Semua kemudahan infrastruktur yang di sediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan memang banyak dan cukup membanggakan, adakah orang Kedah nampak semua ini?

Agenda kerajaan negeri untuk mencapai taraf sebuah negeri maju 2010 sudah mungkin sudah tercapai sekurang-kurangnya 70 peratus. Kawasan yang kurang maju pada pemerhatian taipingmali ialah kawasan Timur Kedah atau kawasan hulu, seperti Naka, Nami, Baling dan Sik. Kawasan pantai Barat atau Hilir memang sudah cukup maju.

Tetapi sayang seribu kali sayang, segala usaha untuk membawa kemajuan ke negeri Kedah dipandang sepi oleh sebelah pihak, malah mereka berkata, matlamat Kedah Maju 2010 adalah satu pembohongan. mereka menambah Kedah tidak akan maju selagi berada di bawah kerajaan BN.

Mereka sebenarnya mahu merampas kerajaan BN , mahu menjatuhkan kerajaan yang ada, lalu mereka melaungkan pelbagai tohmahan, fitnah dan pelbagai dakyah mereka semata-mata mahu MERAMPAS KUASA. Hari ini mereka telah berjaya merampas. 1 tahun 2 bulan Kedah di bawah Pas. Apakah kemajuan yang mereka laksanakan? Jawapannya ialah ZERO.

Semalam pula Anwar menyatakan dengan jelas bahawa dia ingin MERAMPAS Perlis pula dalam PRU 13 dan Taipingmali ingin bertanya kepada Nizar dan Nik Aziz, SIAPA SEBENARNYA MERAMPAS?