Khamis, 14 Mei 2009

Penyelesaian Krisis


Setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Lalat pun ada racun dan penawar
setiap kunci yang dihasilkan oleh kilang akan didatangkan bersamanya anak kunci, Tidak pernah ada kunci (mangga) dijual tanpa anak kunci.
beli kenderaan pun ada kunci,
beli rumah pun dapat kunci, tanpa kunci tak dapat masuk ke rumah baru.

yang penting dalam krisis Perak ialah kedua-dua pemimpin hendaklah duduk dan bermuzakarah, kembali kepada al quran dan hadith.

Bolehkah Nizar dan Zamry duduk dan berbincang empat mata demi kepentingan negara bangsa... Kedua-dua mereka adalah Islam dan sejukkan lah hati jauhkan perasaan hasad dengki dan berpuak-puak. Perak akan selamat daripada jatuh ke tangan musuh islam (kafirharbi)

Perbezaan pendapat adalah hikmah. untuk penyelesaian maka bermesyuarah dan dipimpin oleh ulama ( bukan ular dalam semak) tetapi ulama yang mempunyai sifat-sifat seperti nabi besar kita. (ulama adalah pewaris Nabi) kerana mareka berpegang kepada Quran dan Hadith.


Akhlak dan beberapa sifat nabi Muhammad s.a.w.
159. Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.