Ahad, 14 Jun 2009

Anwar tak pentingkan rakyat terutama Melayu

Hari ini seluruh rakyat Melayu yang jati dirinya tinggi amat melaknat akan Anwar Ibrahim kerana sokongannya terhadap Chin Peng untuk balik ke Malaysia.

Taipingmali langsung tidak terkejut dengan kenyataan beliau. Manusia dajal yang selalu berubah-ubah pendirian dan kenyataan. Datuk Nallakarupan yang Taipingmali temui April lalu berkata Anwar memang sukar dipercayaai. Depan lain , belakan lain. Pagi lain, petang lain. Itulah dajal atau shapeshiffter.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran pun sikap beliau sama, amat membenci guru-guru. Hari ini dia tidak langsung bersimpati dengan rakyat negara yang menjadi barisan hadapan mempertahan negara dari serangan Parti Komunis Malaysia. Adakah PKR sudah menyamai PKM? (PKR=PKM).

Begitu juga sewaktu menjadi Menteri Kewangan. Tiada usaha membangunkan negara atau rakyat dibawah. Yang dia tahu iala membentuk askar-askar dan panglima perang beliau untuk membolehkan dia menjadi Perdana Menteri.

Kamaruddin Jaafar Setiausaha Agung Pas hari ini adalah jutawan melayu yang dibulatkan perutnya sewaktu Anwar berkuasa. Bila Anwar dipecat , Kamarudin terus menyertai Pas. Adakah dia masih kekal sebagai Setiausaha Pas kali ini, atau sudah diganti baru?

Kalau nak cerita bab Anwar ini tiga hari tiga malam pun tak habis. cukuplah dulu...(bersambung)