PKR baru-baru ini telah menyamakan demontrasi jalanan mereka dengan agenda penentangan Melayu yang menentang Malayan Union. Setujukah tuan-tuan dan puan-puan?
Taipingmali dan rasanya majoriti rakyat Malaysia terutama golongan veteran akan menyangah dan menolak persamaan untuk mengaitkan penentangan ini.
Penentangan Melayu ketika itu amat berasas, Hari ini penentangan Anwar ialah penentangan balas dendam kerana dia dipecat oleh Umno dan dendam kerana gagal menjadi Perdana Menteri. Manusia dajal inilah satu-satunya bekas ahli Umno yang menubuhkan sebuah parti politik Freemason / Masonic yang mendapat sokongan Masonic dunia yang bersetuju untuk membantu PKR menjatuhkan kerajaan BN yang bertunjangkan Umno dan Perikatan/ Barisan Nasional.
Semalam Taipingmali membuat satu posting yang sentimental dengan lagu Hotel California dendangan Eagle. Lagu itu amat sinikal kepada Ong Tee Kiat kerana telah membuat pungutan suara di dalam blognya bertanya samada pengikutnya setuju keluar dari BN. Hasil pungutan suaran lebih 70 % bersetuju. Ini bermakna Mca boleh keluar tetapi bagaimana dengan kerakyatan mereka yang telah dipersetujui dalam Jus Soli (bahasa Perancis). Nak keluar bererti melanggar segala persetujuan dan akibat serta impaknya amat besar terhadap kaum cina di Malaysia. Setujukah mereka?
Kepada Pkr hentikanlah polimik anda. demontrasi jalanan anda tidak sama seperti 1946. politik murahan Un-War sahaja tu.
Malayan Union