Sabtu, 6 Jun 2009

Baru Dapat Belanak Dah Berangan Nak Dapat Kurau. (klik)

PRU 12 pada tahun 2008 dengan bantuan Pkr dan Dap telah berjaya memberi sedikit anjakan kepada Pas sehingga berjaya menawan Kedah dan mengekalkan Kelantan. Pun begitu melalui 2 PRK Pas berjaya menambah 1 kerusi di Parlimen. Tahniah juga kepada Pas.

Dalam Muktamar 2009 Hadi Awang dan Husam Musa bercanggah pendapat dalam soal kerajaan perpaduan.

'Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.'

Cadangan dan pandangan Hadi disanggah pula oleh Husam dalam kenyataan beliau

'Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan pendiriannya bahawa parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno sepertimana kerjasama yang dipraktikkan oleh PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.'

Paling menarik hati ialah keinginan Pas untuk menerajui Pakatan dan menjadi Tulang Belakang kepada PR. Bagus lah dan itu merupakan satu cadangan yang baik. Mampukah Pas menunjukkan prestasi yang baik berbanding Pkr dan Dap. Pas hanya dilihat sebagai pencukup forum sahaja dalam PR.

Pas boleh berbangga di Kelantan namun di Kedah belum tentu lagi. Rakyat Kedah yang memberi peluang kepada Pas untuk menunjukkan bukti dan keupayaan dalam pentadbiran negeri.

Setakat ini di Kedah Pas belum menunjukkan apa-apa kemajuan dan pembangunan lagi, Yang jelas negeri Kedah bertambah daif dan akan menjadi seperti Kelantan jika dibiarkan. Bandar-bandar utama, taman-taman perumahan semakin terabai kebersihannya. Jalan bandaran semakin banyak yang rosak dan tidak dibaiki. Apakah Kedah sudah kering kantung perbendaharaannya.

Pas Penang hanya ada 1 kerusi dan Perak 6 kerusi , Pas boleh berbangga di Selangor mungkin. atau di dalam Parlimen.

Banyak ceramah-ceramah politik anjuran Pas tidak pernah memperjelaskan apa kah kemajuan yang telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan, tiada satu pun pelan perancangan pembangunan yang telah disiapkan untuk dipamerkan kepada awam.

Dalam ceramah dan ucap utama pemimpin Pas mereka hanya mengkritik kepimpinan BN sahaja dan ahli-ahli Pas tetap tersenyum dan tertawa setiap kali pemimpin mereka memperlekehkan BN dan kemajuan yang dibuat oleh BN.

Penyokong Pas tidak pernah TERLINTAS di hati mereka untuk bertanya APAKAH YANG PAS TELAH LAKSANAKAN DALAM PEMBANGUNAN NEGERI DAN PEMBANGUNAN INSAN.

Adakah pengikut Pas hanya menjadi lembu yang dicucuk hitam dan diberi air garam setiap hari?