Jumaat, 5 Jun 2009

Tahniah Datuk A Samad dan Datuk Hassan

Pas beri anugerah pejuang bahasa kepada Hasan, Samad



SHAH ALAM: Pas hari ini memberi Anugerah Pejuang Bahasa 2009 kepada karyawan, Datuk Hasan Ahmad, dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, sebagai mengiktiraf bantahan mereka terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).


Anugerah itu disampaikan kepada mereka oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada majlis perasmian Muktamar Pas ke-55, di sini.

Hassan adalah pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), manakala Samad adalah penasihat GMP.


Ulasan Taipingmali,

Terkilan juga kenapa Akill Hiyy dan Ali Setan yang sama-sama berjuang dalam Pas tidak menerima apa-apa anugerah. Hanya dapat Anu saja. 2010 akan bertambah anugerah seperti Tokoh Baring Atas Jalan. Tokoh Baling Kasut, Tokong Jerit Kuat dll