Rabu, 3 Jun 2009

Ganu Kite






Semalam Taipingmali berada di KT setelah 6 jam 30 minit memandu dari rumah untuk menguji Exora baru. Penggunaan minyak ok sebab masih berbaki untuk 130km lagi setelah tiba di sebuah resort di sini.

Setiap kali melangkah masuk ke negeri ini memang banyak perubahan dan perbezaan. Negeri Terangganu yang sentiasa bergerak maju dan sentiasa membangun.

Perbezaan amat ketara bila mana kita melangkah masuk dari Pasir Puteh Kelantan. Di sebelah Kelantan keadaan tidak berubah, mundur dan tidak ada sebarang pembangunan, jalan-jalannya sempit dan melambangkan sebuah negeri mundur.

Rumah-rumah di sebelah negeri Kelantan terpaksa membina menara air yang tinggi (umpama menara masjid) semata-mata untuk menangani masalah air yang rendah tekanannya sejak berbelas-belas tahun lagi. Tak tahu lah sampai bila rakyat Kelantan ingin hidup dalam kemunduran dan ketinggalan.

Petang pula kami sekeluarga melawat Taman Tamadun Islam dan menunaikan solat maghrib di Masjid Kristal. Tiada bayaran yang dikenakan untuk bersolat di masjid tersebut . Pihak pembangkang telah memburuk-burukkan masjid ini konon nya untuk bersolat jemaah dikenakan bayaran dan ada juga yang menyatakan masjid itu hanya hiasan semata-mata dan bukan untuk solat jemaah. begitulah fitnah mereka.

Selepas maghrib terdapat satu rombongan kaum-kaum hindu yang membuat lawatan ke masjid tersebut tanpa rasa takut dan curiga, mereka riang bergambar di luar masjid tersebut dan mungkin juga masuk ke dalam masjid seperti mana masjid di Putrajaya. Pakaian khas dibuat untuk pengunjung wanita sama seperti masjid-masjid lain yang termasyhur di Malaysia.

Taman Tamadun Islam juga amat menarik untuk dilawati dengan membayar RM10 dan percuma kupon makan RM3 anda boleh melawat monumen terkenal dunia dalam satu masa yang singkat. Layanan mesra seluruh tenaga kerja di semua peringkat di dalam dan luar taman tersebut amat membanggakan sekali.

Hari ini seawal pagi Taipingmali sudah bersedia untuk melihat matahari pagi naik di ufuk langit Laut Cina Selatan. sambil menulis artikel pagi ini.

sekian.