Rabu, 3 Jun 2009
Home Stay di Kuala Terengganu.
Semenjak kerajaan menggalakkan industri "homestay" nampaknya orang Ganu telah menyambut baik saranan pihak kerajaan. Kali ini tuan-puan ingin melancong ke sini, penginapan tidak menjadi masalah. Berhampiran Lapangan Terbang pun dah banyak homestay berbentuk rumah teres dua tingkat sudah sedia menunggu kedatangan anda. Di mana-mana sahaja terdapat papan tanda atau banner homestay.
Tahun 2000 semasa membuat solo ride untuk pusing Malaysia saya pernah melelapkan mata di Pantai Batu Buruk kerana tiada bilik hotel tiba di KT jam 1.00 pagi. tidur bertemankan nyamuk-nyamuk dan bau sampah sarap. Hari ini malam-malam di pantai tersebut tiada lagi nyamuk yang ingin merasa darah manusia. (lol)
Dalam industri homestay dan perhotelan ini khasnya kepada pengusaha bumiputera, Taipingmali menyeru agar mereka lebih kreatif , berinovasi dan lebih peka akan keceriaan dan ke kemasan dalam dan luar hartanah milik mereka. biarlah pengunjung yang menginap di hotel akan membawa balik satu kenangan seperti mana kita menginap di hotel-hotel rangkaian antarabangsa.
Pagi tadi juga saya sempat melihat sekitar stadium yang runtuh bumbungnya. Hari ini dijangka ribuan pelajar-pelajar IPT akan berkumpul di stadium tersebut kerana karnival sukan. Andainya ia berlaku runtuhan tersebut pada hari ini maka banyaklah nyawa akan menjadi korban. "ALLAH PELIHARA LAH TERENGGANU" begitu ayat yang terdapat di atas sebuah bukit di KT. Sesungguhnya permohonan rakyat telah makbulkan. tiada yang tercedera.