Isnin, 29 Jun 2009

Jika Umno Kafir , Pas apa pulak? (klik)

Itu sajalah senjata yang ada pada Pas terutama Si Tua Kutuk dari negeri Kelantan. Senjata yang sudah berkarat dan yang sudah terbenam di dalam tanah dan lumpur.

Kalau tahun 60an Pas kata Umno kafir ramai orang Pas terima dan percaya. Ini kerana Umno bersama-sama Mca telah menubuhkan PERIKATAN yang kemudiannya menjadi besar kerana disertai oleh parti dari kaum India.

Hari ini bila TM bertanya kepada rakan-rakan ahli Pas. Tak kafir kah Pas kerana bersama-sama Dap dan Pkr?

Jawapan yang mereka bagi ialah " Itu dulu, sekarang Pas berkawan dengan Dap dan Pkr kerana inginkan bantuan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN yang zalim, tidak timbul lagi soal kafir mengkafir, kita kena ikut cara Umno jika mahu menang dan mendapat sokongan kaum Cina dan India"

"Jadi jika Nik Aziz mengkafirkan Umno hari ini , ia kenyataan peribadi beliau, bukan dari parti Pas." Tambah ahli Pas tersebut.

Jelaslah bahawa bila kena batang hidung sendiri , semua ok , semua halal. Betul lah kata TPM , bahawa Pas cuba menutup kesalahan sendiri yang mana mereka sendiri telah menolak perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. Nik Aziz menolak mentah-mentah sebarang bentuk perbincangan dan kerjasama. " Islam kah sikap Nik Aziz?" Jika Islam kenapa beliau menolak akan perpaduan ummah.

Nik Aziz hanya ingin mengalih pandangan pengundi Manik Urai supaya terus menyokong Pas dengan mengkafirkan Umno dan keinginan berdebat dengan PM. Kedua-dua agenda ini bila dibesarkan maka tertutup lah kelemahan selama hampir 20 tahun Pas memerintah Kelantan.