Parti Pas memang suka bercakap dan berceramah, itulah kerja mereka. Jika diberi tugasan untuk dilaksanakan mereka tak reti nak buat.
Bagi negeri, negeri lingkup, bagi pulau, pulau karam, bagi istana, istana punah, bagi kebun ,kebun naik hutan, bagi hutan, habis balak.
Pas mahukan Malaysia menjadi seperti Amerika. Tak perlu ada Perdana Menteri. 4 atau 5 tahun buat pilihan raya pilih Presiden baru. Nik Aziz akan bertanding atas tiket Pas dan menentang Bn (tak kira siapalah calon BN tu). Jika Pas kalah dalam pemilihan maka mereka akan protes, buat demontrasi jalanan. Senarionya sama seperti di Iran.
Debat dengan parti pembangkang telah beberapa kali dibuat, tetapi apa hasilnya. BN tetap dengan pendirian BN, Pembangkang tetap dengan pendirian mereka. Sabry Chek vs Anwar, Lim Guang Eng vs Koh Soh Khon, KJ vs Husam Musa, dll, Apa resolusi yang kita dapat hasil debat? Mengabihkan beras , ada lah.
Nik Aziz nak berdebat dengan Najib boleh, tetapi Nik Aziz kena cermin muka dia dulu. Apakah kemajuan yang telah dilaksanakannya di Kelantan? Adakah suara Pas didengar dan diterima pakai oleh Dap dan Pkr? dan banyak lagi.
Kesimpulannya Pas hanyalah temukut di tepi gantang. Dap hanya menjadikan Pas untuk mencapai impian mereka sahaja dan sama seperti Pkr.