Fenomena El Nino dan La Nina samalah seperti Politik. Ada ketika Panas melampau dan ada ketikanya sejuk melampau. Jika terlalu panas ( El Nino) kita akan mengalami jerebu, sakit tekak, sawah kering, tanaman rosak dan sebagainya. Sekiranya tiba musim sejuk melampau (La Nina) kita juga risau akan berlaku ribut, hujan tanpa henti dan boleh mengakibatkan banjir. Akibat banjir akan berlaku tanah runtuh, kerosakan tanaman dan mungkin kematian haiwan dan manusia.
Begitu juga politik, Naik turun parti-parti politik menyebabkan perdana menteri atau presiden bertukar ganti dan lebih hebat jika rampasan kuasa yang melibatkan banyak nyawa terkorban. Timur Leste, Thailand, Pakistan dan beberapa negara lagi telah merasainya. (Perak juga terlibat dengan rampasan kuasa dan berjuta rakyat mati. hehe heh..betul ker? kena tanya Nija la).
Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1955 Umno dan Perikatan seringkali naik dan turun, ada ketikanya ia di anggap terlalu nazak oleh Parti Negara dan Pas. Lebih dahsyat lagi bila parti pembangkang semakin bertambah seperti penubuhan Gerakan, PPP dan Dap.
Disebabkan kebijaksaan Perdana Menteri Malaysia ketika itu seperti Tunku dan Tun Razak Umno dan Perikatan mula di terima baik oleh rakyat. Begitu juga apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, Dap dilihat sangat kuat dan mencemaskan keputusan-petusan PRU. Begitu juga lah sewaktu Tun Mahathir , geraf BN terus naik dan turun seperti fenomena El Nino dan La Nina.
2004 menyaksikan BN menang besar dan hampir meranapkan perjuangan Dap, Pas dan Pkr, tetapi keadaan berubah pada 2008.
Tahun ini fenomena La Nina dan El Nino datang lagi dan diharapkan satu keajaiban akan berlaku kepada Perdana Menteri yang telah terbukti tahan ujian, tahan hakisan, cekal dan tabah. Tak lain dan tak bukan DS Najib Tun Razak yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun. Najib seperti ayahandanya juga seorang Perunding yang bijaksana.
Kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman parti politik, hari ini Najib telah menjadi PM, orang No 1 di Malaysia, berilah sokongan dan hormati lah pemimpin kita. Dr Harun Din telah pun bercakap bab menghormati pemimpin baru-baru ini. Terima lah nasihat beliau walaupun Najib bukan Presiden parti anda.