|
|
KUALA LUMPUR 9 Jun – “Saya berhijrah ke negara ini dengan niat untuk mencari rezeki bagi menyara dua orang anak, tapi apa yang saya dapat ialah malapetaka.”
Itulah pengakuan Siti Hajar, 33, pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa didera dengan kejam oleh majikan wanitanya sejak hampir tiga tahun lalu.
Siti Hajar mendakwa, sepanjang hampir tiga tahun bekerja, dia bukan sahaja dibelasah tanpa belas kasihan dengan cota, malah sepak terajang majikan itu adalah satu perkara biasa.
Malah, dakwanya, boleh dikatakan setiap hari dia dipukul jika terdapat kesilapan atau kecuaian kecil yang dilakukannya.
“Saya ke negara ini untuk menyara dua orang anak yang ditinggalkan bersama ibu di Garut (Jawa Barat) tetapi bertukar menjadi malapetaka.
“Saya sudah berpisah dengan suami sejak tiga tahun lalu dan kesempitan hidup menyebabkan saya mengambil keputusan untuk mencari rezeki di Malaysia,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.
Semalam, Siti Hajar, melarikan diri ke Kedutaan Besar Republik Indonesia setelah tidak tahan didera secara kejam oleh majikannya di sebuah kondominium di Bukit Kiara.
Mangsa yang beragama Islam juga diberi makan nasi berlaukkan daging babi selama tempoh dia bekerja di rumah majikannya.
Lebih malang, mangsa bukan sahaja dipukul dengan benda keras termasuk kayu malah majikannya didakwa menjirus air panas di anggota badannya sehingga melecur.
Siti Hajar yang kelihatan masih lemah memberitahu, selama hampir tiga tahun tinggal bersama majikannya, dia pernah dipukul dengan teruk apabila majikannya itu
komen taipingmali
Ingatkan dengan terdedahnya kisah kejam majikan Normala Bonat maka kes-kes bodoh KEJAM seperti ini tidak wujud lagi. Rupa-rupa silap. Masih ada rakyat Malaysia yang bersifat binatang dan berhatikan dajal dan setan. Oleh itu perhati-perhatikan mereka ini, hulurkan bantuan jika dikesan mereka diinaya dan diseksa sebegini, Tambahan lagi jika mereka memaksanya memakan benda yang haram seperti daging Babi. Ia bukan sahaja menghina mangsa tersebut tetapi juga menghina seluruh umat Islam di Malaysia. Manusia kejam begini wajar dihukum tembak.
SAYA JUGA MENYERU KEPADA KERAJAAN BERKEBAJIKAN SUPAYA MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA KES INI DAN JANGAN BIARKAN KERAJAAN ZALIM (BN) YANG MENANGANI KES SEPERTI INI.