TAIPING 9 Jun – Sebanyak 16 lelaki cedera termasuk dua daripadanya kritikal setelah terbabit dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di pekan Kamunting dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara dua kumpulan remaja di hadapan sebuah kafe siber di pekan itu.
Katanya, seorang remaja yang gagal mengawal kemarahan kemudian bertindak menampar remaja dari kumpulan yang satu lagi.
“Remaja yang tidak berpuas hati kerana ditampar itu kemudian datang kembali bersama dua lelaki dewasa membawa parang lalu menyerang kumpulan remaja dan mencederakan empat rakannya.
“Berikutan itu, kumpulan remaja yang diserang itu memanggil rakan-rakan mereka yang dewasa dan menyerang balas kumpulan yang mencederakan mereka di sekitar pekan Kamunting sehingga ramai mengalami kecederaan,” katanya.
Raja Musa berkata, semua 16 lelaki yang cedera dalam pergaduhan itu dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.
Komen Taipingmali
Kejadian berlaku di sekitar kawasan perumahan di Kamunting dan pekan Kamunting pada Isnin malam. Ini lah padahnya apabila orang dewasa menjadi budak-budak. Hilang pertimbangan dan tidak menggunakan akal. Malam tadi kawasan tersebut menjadi sunyi sepi, mungkin takut kejadia akan berulang dan mungkin takut kena cekup polis.
Ada khabar-khabar angin menyatakan 3 nyawa telah melayang. Bagaimanapun itu hanya tokok tambah. semalam taipingmali mendapat tahu tidak ada yang mati. Bagaimana pun isteri dan anak yang pulang dari Tesco pada malam kejadian terpaksa mengelak jalan dan mengambil jalan lain kerana jalan di hadapan persimpangan tersebut menjadi sesak dan kelam kabut. Mulanya mereka menjangkakan satu kemalangan kereta motor. Tapi dilihat juga ada yang membawa kayu panjang dan senjata lain.
Sehari sebelum tu ada satu perayaan agama dan mungkin lah ada yang kurang puas hati sebab mereka telah membina pondok-pondok di tepi jalan sehingga mengganggu lalu lintas di kawasan perumahan tersebut. Mungkin itu satu puncanya.
Remaja-remaja di Kamunting ini memang sudah terkenal dengan sifat mereka yang nakal berlebihan. Ada kes remaja pergi ke sekolah dengan membawa parang untuk tujuan bergaduh. Taipingmali sentiasa mengingat anak lelaki agar mengelakkan diri dari sebarang konflik begini. Biarlah kita dianggap penakut. Tak ada gunanya berlagak samseng kerana yang rugi ialah diri sendiri, Katakan hilang tangan, hilang jari dan sebagainya , kita akan menyesal seumur hidup, Samseng begini tak sampai kemanana pun, tak dapat pingat emas sukan olimpik.
Taipingmali sudah jemu melihat gelagat samseng ini. ada yang bertatoo seluruh badan, ada yang berani terjun dari tingkat 1 pasaraya , tetapi bila sudah tua, nak berjalan pun dah tak larat. akhirnya ke tanah juga.