Rabu, 1 Julai 2009

APA SUSAH JADI TUAN HADI?

UMNO gagal jadi model perpaduan - Hadi
KUALA LUMPUR 30 Jun - Selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kini menyalahkan UMNO pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.
Katanya, UMNO tidak mungkin akan menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan orang Melayu walaupun sebelum ini parti berkenaan menerima baik cadangan kerajaan perpaduan itu.
"Orang Islam perlu menunjukkan model perpaduan dalam kalangan kita sendiri.
"Perpaduan umat Islam adalah berdasarkan hubungan akidah, tetapi UMNO gagal bahagian itu," katanya ketika berucap pada ceramah perdana pakatan pembangkang di sini malam ini.
Beliau mendakwa UMNO tidak menggunakan al-Quran sebagai rujukan bagi mewujudkan perpaduan.
Hadi berkata, pakatan pembangkang akan terus menolak Barisan Nasional (BN) termasuk mengadakan sebarang kerjasama.
Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membangkitkan persoalan mengenai projek- projek yang diusahakan oleh kerajaan BN demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.
Beliau terus mendakwa kerajaan BN hanya mengggunakan wang rakyat untuk melaksanakan projek- projek yang sedang dirancang termasuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang demi kepentingan politik.
Dakwanya, konsep 1Malaysia yang dianjurkan kerajaan BN masih belum jelas, manakala konsep perpaduan yang dianjurkan pakatan pembangkang adalah lebih baik.

ULASAN TM:
APA NI DEY BROTHER TUAN GURU? DULU CAKAP LAIN, SEKARANG CAKAP LAIN.

PAKATAN RAKYAT JANGAN SOMBONG SANGAT. BARU ADA 3 PARTI , TU PUN BERTELAGAH SESAMA SENDIRI. PERPADUAN APA NYA KALAU BEGITU.

BN ADA 14 PARTI KOMPONEN. TUAN HAJI...TU PUN HARI -HARI KENA KACAU OLEH DURI DAN ONAK DARI BROTHER ANWAR.

CUBAAN DEMI CUBAAN UNTUK MENCURI AHLI-AHLI PARTI BN DAN MEMINTA MENYERTAI PAKATAN RAKYAT.

KALAU PAKATAN BAGUS , TAK PERLU AH BERKEJAR-KEJAR SAMPAI TAIWAN. 916 APA DAH JADI. NAK TUNGGU 916 TAHUN 2009 LAGI KER.

APA YANG PATUT TM KATEGORI KAN TUAN HADI NI?