Sabtu, 18 Julai 2009

BN Terus Menggunakan Jentera Kerajaan Berkempen di Manek Urai

Ketua Biro Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, YB Saifuddin Nasution mendakwa bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik tidak etika dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Dalam persaingan ini, calon PAS-Pakatan Rakyat berdepan dengan sumber tenaga and kewangan yang kuat dari BN. Maklumat-maklumat di lapangan menunjukan bahawa Kerajaan Pusat BN telah mengarahkan jentera Kerajaan Pusat berkempen untuk BN.

PR APA KURANGNYA. DUIT DATANG DAN CAIR BERJUTA RINGGIT SEPERTI YANG BERLAKU DI 2 BUKIT 1 BATANG. DAN JANGAN LUPA P44 SEWAKTU ANWAR BERTANDING MENENTANG ARIFF SHAH. BERAPA JUTA RINGGIT DIBELANJAKAN. RAKYAT BUKAN BUTA. NAMPAK JELAS BETAPA MEWAHNYA PR DAN PENGUNDI.(TM)

Sebelum itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah mendedahkan Kementerian Pertahanan menyalah gunakan anggota-anggota tentera menjalankan kempen di Manek Urai untuk menjalankan pelbagai program supaya menarik undi kepada BN. Baru-baru ini turut mendedahkan pemimpin-pemimpin BN menaiki helikopter berkempen di kawasan tersebut.

APA SALAHNYA , TENTERA DI BAWAH KERAJAAN BN. APA SALAHNYA. KALAU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH PUN SAMA JUGA. ANWAR NAK DIDAKWA DI MAHKAMAH PUN PKR BAWA BAS PERSATUAN BOLA SEPAK PULAU PINANG. TU APA CERITA. (TM)


Sementara itu, YB Saifuddin mendedahkan bahawa maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat telah membuktikan pegawai kerajaan telah melebihi luar bidang kuasa terlibat dalam pilihan raya berkempen bagi pihak BN. Agensi-agensi kerajaan yang diperalatkan oleh BN termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), FELCRA, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, KEMAS, Bahagian Serantas, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pihak polis dan tentera.

PAS KELANTAN APA KURANGNYA. SAMPAI ISYTIHAR CUTI, SUPAYA SELURUH JENTERA KERAJAAN NEGERI DIGUNAKAN UNTUK BERKEMPEN. KENAPA TAK CERITAKAN? (TM)

YB Saifuddin mengulas, arahan-arahan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin BN jelas adalah penyalahgunaan kuasa yang serius. Setiap Pilihan Raya Kecil, BN pasti mempergunakan jentera kerajaan untuk tujuan berkempen.

SAIFUDIN, SUDAH LAH LU PUN MANGKUK AYUN JUGA, MASA LU DALAM UMNO HABIS JENTERA UMNO LU GERAKKAN UNTUK BANTU KEMPEN LUU....(TM)

Bagi pihak Pakatan Rakyat, Saifuddin merayu kepada pengundi-pengundi Manek Urai menggunakan undi untuk menolak penyelewengan dan kelakuan rasuah BN untuk meneruskan perjuangan rakyat.

NIK AZIZ BELI MERCEDES, HARRIER AMBIL DUIT MANA? JAWAB CEPAT PECACAI ANWAR...(TM)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SPRM siasat salah guna wang peruntukan ADUN Selangor

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat salah guna wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan kes itu kini sedang disiasat.

:Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata, SPRM sedang memeriksa dan menyemak fail kes dan telah melawat beberapa kawasan untuk pengesahan.

:“SPRM tidak pernah menyatakan yang terlibat itu ADUN atau pun Exco dan saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul. Bagi saya perkara ini tidak perlu didedahkan selagi siasatan belum selesai.

:“Kita juga masih tidak tahu siapa yang terlibat dan setakat ini kita sudah pergi ke empat kawasan di Selangor sahaja dan semua yang terlibat akan disiasat. Tidak perlulah mereka ini terlompat-lompat, kalau mereka tidak bersalah baguslah tetapi kalau betul tunggu sahaja di mahkamah,” katanya kepada pemberita di Akademi SPRM di sini, semalam.

:Ketika ditanya berhubung isu rumah banglo Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Shukri berkata, SPRM telah mula menyiasat kes itu dan akan memaklumkan sebaik siasatan selesai.

:Shukri turut berkata, kini terdapat panel baru yang ditubuhkan kerajaan untuk mewakili orang awam bagi memaklumkan kepada umum keputusan yang telah dibuat SPRM terutama kes-kes yang tidak dituduh di mahkamah.

:“Panel ini akan senaraikan sebab-sebab dan faktor-faktor kes yang tidak dituduh di mahkamah supaya orang ramai faham mengapa kes itu tidak dibawa ke mahkamah. Jika sebelum ini ramai beranggapan SPRM tutup kes sekurang-kurangnya dengan adanya panel ini, dapatlah ianya di maklumkan kepada orang ramai apakah faktor dan sebab keputusan itu dibuat SPRM,” katanya.

YANG NI KITA MINTA SAIFUTDIN JAWAB???