Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng telah pun sah menjadi milik PKR. Persoalannya kenapa dia menyertai PKR dan tidak Dap?
Pertamanya Jui Meng berasa bersalah dan malu berada dalam Mca. Kegagalan beliau untuk merampas kerusi nombor satu juga penyebab dia beralih kem.
Keduanya mungkin isu rakaman panas Chua Soi Lek ada hubung kait dengan beliau.
Ketiganya ialah beliau sudah hilang kepercayaan daripada ahli parti Bakri. Sebelum di terajang keluar eloklah angkat kaki dahulu.
Keempatnya ialah dia ni masih berminat dalam politik dan oleh kerana jiwanya ialah jiwa BN maka dia tidak masuk Dap. mungkin merajuk lah tu. minta di pujuk.
Lain-lain ahli Mca yang kalah dalam pertandingan dalaman parti akan terus bersara dari politik , tetapi ini tidak berlaku kepada Jui Meng. Anwar yang pancing dia atau Jui Meng yang terhencut-hencut nak masuk Pkr
Adakah ahli parti Mca Bakri akan membawa sirih junjung kepada beliau supaya berpatah balik atau perpindahan dia amat dialu-alukan.
Banyak andaian dan kemungkinan mengenai penghijrahan beliau ke kem Anwar. Dulu ada ahli Umno masuk PKR tapi tak sampai sebulan dia patah balik. CJM ini tak tahu berapa hari pula?
Rumusan yang boleh dibuat ialah. PKR sama macam Recycle Bin.