Sabtu lepas jam 7.30am TM berangkat ke sebuah lokasi rahsia dan dikurung selama 5 jam , ini adalah gara-gara sudi menerima jemputan untuk satu kajian trend permotoran hari ini. bermula jam 12 tgh hari sehingga 5 ptg baru selesai. Phone juga dirampas (simpan) dan terputus hubungan dengan dunia luar seketika
Selepas 5 ptg barulah TM dapat menguruskan diri sebelum berangkat pula ke Melaka untuk berkampung dengan rakan-rakan lain di sebuah resort yang cantik menawan. Resort tersebut pernah digunakan untuk penggambaran sebuah drama di tv.
TM ditawan 5 jam dan disoal siasat (selidik dan temubual) bermacam-macam soalan yang direkodkan untuk satu kajian. Kemudian di bawa masuk ke satu ruang di mana diletakkan enam jenis kenderaan yang dikenali sebagai W,Y, U, V, R dan S. Dalam sebuah ruang khas sebuah lagi ialah model X dipamerkan . model ini yang didebutkan.
Selesai menilai semua jenis kenderaan TM dan 3 individu lain dibawa ke sebuah bilik di mana segala percakapan kami dirakam menggunakan kamera still dan movie. Sessi ini mengambil masa yang lama, habis beberapa ml air termasuk 2 cawan kopi tanpa gula dan tanpa susu.
Satu pengalaman baru buat TM dalam hal ini. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput TM.