Rabu, 26 Ogos 2009

Bila Pas Bersuara Isu Kartika.

Pas sokong tangguh hukum Kartika

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas menyokong tindakan menangguhkan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno sebagaimana yang diputuskan oleh Jabatan Islam Agama Pahang (Jaip), kelmarin.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, kemuliaan bulan Ramadan harus dihormati semua umat dan langkah untuk mengadakan hukuman sebat terhadap seseorang seharusnya dilakukan luar dari bulan ini.

“Dari satu sudut, pemuda menyokong keputusan menangguhkan hukuman tersebut, namun perkiraan terhadap pesalah juga harus diambil berat kerana Kartika sendiri tidak mahu hukuman ini ditangguhkan lagi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Jaip menangguhkan sebatan terhadap Kartika kelmarin walaupun pada awalnya model tersebut telah dibawa ke penjara untuk menjalankan hukuman tersebut.

Mengulas lanjut, Nasrudin bagaimanapun menjelaskan bahawa hukuman enam sebatan yang dikenakan terhadap Kartika belum memenuhi kriteria undang-undang syariat Islam yang sebenar.

“Jika undang-udang Islam dilaksanakan, pesalah yang meminum arak boleh dikenakan hukuman sehingga 40-80 sebatan, namun setiap rotan yang mempunyai tatacara tertentu yang harus dipatuhi.

“Tidak seperti hukuman yang dilaksanakan sekarang, undang-undang Islam menetapkan bahawa setiap sebatan yang dilakukan adalah ringan dan tidak menzalimi pesalah,” katanya.

Ulasan TM:
Kes Kartika patut diserahkan kepada Pas untuk melaksanakan hukumannya. Begitu juga dengan kerajaan Pas Kelantan dan Kedah, supaya bertindak tegas dalam hal-hal bersabit dengan hukum hudud ini. Bukan saja kes minum minuman keras , ia termasuk juga kes salah laku semasa kempen politik seperti menfitnah. memaki hamun orang lain,,apamacam,.boleh?