Lori terbalik atau terbabas sudah menjadi perkara biasa kerana sikap pemandu lori i yang merasakan lorinya sama seperti Ferari F1 atau pun lori tersebut mungkin mengalami kerosakan teknikal.
Peliknya masyarakat kita suka sangat jika lori-lori pengangkutan ini terlibat dengan kemalangan. Maka kita akan lihat berbagai bangsa dan kaum akan ringan tulang untuk membantu membersih kan muatan yang berserah di jalan raya atau lebuh raya.
TM pernah beberapa kali melihat kemalangan lori seperti ini. seperti treler bawa simen terbalik, simen lesap, treler bawa ikan terbabas, orang pokah kunci dan tolong bersihkan kontena sampai licin. Van bawa bateri 24V terbabas di PLUS dekat Sungai Buluh, habis debar lori berhenti dan tolong bersihkan bateri yang bertaburan atas jalan. Semalam pula sebuah lori membawa beras bernilai RM16 ribu lebih dan ramai juga yang tolong membantu membersih kan beras Banyak lagi lah kisah-kisah masyarakat kita jika nak dipaparkan.
TM hairan melihat orang Melayu yang berketayap ,berbaju melayu, bertudung tetapi sanggup membersih kan muatan-muatan tumpah dan sudah tentulah ia akan bawa balik untuk diberi makan anak cucunya di rumah. Tidak kah mereka berasa bersalah atau malu kepada diri sendiri kerana sikap mereka itu. Sedih kerana ada kalanya mereka membawa anak-anak bersama untuk kerja-kerja pembersihan ini.