Isnin, 10 Ogos 2009

Lim Guan dianggap pemimpin masa depan Malaysia oleh akhbar Singapura?

'Apa yang unik tentang Pakatan Rakyat ialah kami boleh menyuarakan pandangan yang berbeza dengan penuh bersemangat dan lantang. Bagaimanapun ini tidak bermakna kami akan berpecah,' kata Setiausaha Agung DAP itu dalam sesi soal jawab dengan wartawan Singapore Press Holdings (SPH), di News Centre, semalam.

Encik Lim telah diundang menyampaikan ceramah 'Angin perubahan politik di Malaysia: Mampukah pakatan pembangkang bertahan?'.

Sehubungan dengan itu, Encik Lim berkata PR tidak bimbang dengan langkah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang melahirkan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan pusat, baru-baru ini.

Menurut Encik Lim, PAS hanya berbuat demikian bagi memenuhi hasrat sekumpulan anggota parti itu yang lebih condong kepada usaha memperjuangkan hak Melayu.

Encik Lim turut menyuarakan keyakinannya bahawa PR mampu bertahan jika pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lagi dapat bersama pakatan itu.

'Pakatan Rakyat akan tetap wujud tanpa beliau. Ia akan menjadi legasi Datuk Seri Anwar,' tegas Encik Lim.

ketika ditanya kebimbangan orang melayu terhadap parti tersebut, Guan Eng secara sinis ia menyalahkan UMNO kepada punca perkauman tersebut.kerana DAP berjuang untuk semua bangsa.

kenyataan petikan diatas diambil dari sebuah akhbar Singapura baru baru ini, Disebabkan kenyataan LGE tersebut rata-rata media Singapura telah mengangap LGE sebagai pemimpin masa hadapan negara Malaysia.

Dan LGE menjelaskan mereka seakan tahu Anwar Ibrahim tidak akan kekal lama menerajui pakatan pakatan rakyat, lantaran dari itu sesiapa pun pemimpin pakatan rakyat akan mengisi jawatan legasi peninggalan saudara Anwar.

Media Singapura dalam tempoh itu juga seolah-olah cuba mengakat imej LGE sebagai Malaysia dan pada masa yang sama cuba memberikan imej positif kepada UMNO barisan nasional.

Kenapa begini dangkal akhbar negara tersebut kepada negara kita? ekoran kenyataan LGE yang sebahagian besarnya memburukkan kerajaan barisan Nasional yang memerintah pusat, wartawan akhbar negara tersebut secara sinis mengkritik kebebasan bersuara di Malaysia.

Siapa singapura ingin mengkitik Malaysia, umum tahu pemerintah singapura lebih lagi zalim kepada pembangkang. sehingga menghadapi muflis sekiranya wujud konflik bantahan pembangkang kepada pemerintah.

Yang menyedihkan lagi apabila media negara tersebut tidak sabar menungu malaysia yang kini berada di bawah barisan nasional akan tumbang kepada PR dalam pilihnraya akan datang dan membawa hubungan baru dalam kerjsama dua negara.

Apa yang jelas disini, LGE kini seolah warga SIngapura yang mampu memerintah sebuah negeri di malaysia. Jika tidak akhabr dan media di Singaoura tidak teruja membuat liputan khas mengenai lawantan beliau ke singapura. Adakah layak beliau menjadi warga Malaysia jika banyak kenyataannya seakan mengecam negara beliau sendiri.
fikir-fikiran

Sekian dan salam satu Malaysia.
Yang benar,
Cute Teddybear