Isnin, 10 Ogos 2009
Turunkan segera-Patung Najib di Batu Cave
Kadang-kadang sedih sikap pemimpin-pemimpin komuniti masyarakat kita, terutama yang bukan beragama Islam. Kita faham mereka menjemput pemimpin-pemimpin politik kita yang beragama Islam untuk merasmikan program-program mereka dan pemimpin kita hadir. Kemudiannya di suruh pemimpin tersebut menyalakan lilin atau pelita.termasuk juga dikalungkan dengan bunga malee.
Datang paparazeee ambil gambar dan manipulasi pula gambar tu. Kalah pula PRU 13. Oleh itu sebarang bentuk sambutan dan program hendaklah diteliti terlebih dahulu...Kakitangan Pejabat menteri-menteri tu ramai. kena lah buat kerja lebih sikit.
Saya masih terkilan dengan penyampaian hadiah penyapu oleh DS Khir Toyo dahulu. Adakah idea tersebut datang dari DS Khir sendiri atau perbuatan sabotaj, bila DS tiba mereka mereka pun keluarkan penyapu. DS pun ambil dan bagi. Kesudahannya DS yang disumpah oleh mereka.
Oleh yang demikian sebelum menjadi lebih kontroversi . lebih baik diturunkan segera gambar gergasi DS Najib di Batu Cave dengan kadar segera.
Dahulu semasa kaum pendatang ingin memohon menjadi warganegara , mereka terlebih dahulu kena faham adat dan budaya masyarakat tempatan dan fasih berbahasa melayu. Itulah satu syarat yang tercatat dalam perundangan dan perlembagaan negara kita. Jadi hati orang melayu dan agama islam jangan sesekali di usik atau dihina. Buruk padahnya.