Anwar Ibarahim pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden Umno dan juga mantan Timbalan Perdana Menteri. Anwar dipecat dari Umno kerana salah laku yang mengaibkan. Anwar menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan terhadapnya.
Tun bukan membuat keputusan berseorangan dalam proses pemecatan Anwar. Ramai ahli majlis kerja tertinggi yang dipanggil malam itu hampir semua menyokong usul memecat Anwar. Ramai menteri kabinet tahu akan aktiviti gelap Anwar. Walau apa pun hujah-hujah membela diri oleh Anwar pada malam tersebut tetapi keputusan MT muktamad. Anwar dipecat secara rasminya pada malam itu juga.
Riuh satu antero dunia. Amerika tergamam dengan keputusan pucuk pimpinan Umno. Anwar kecewa dan marah, hilang akal dan mengamuk macam gajah turun minyak.
Itu peristiwa 11 tahun lalu, Hari ini berulang lagi peristiwa yang hampir sama. Bekas Menteri Kesihatan Chua Soi Lek telah dipecat oleh majlis kerja tertinggi Mca. Cuma kes Anwar dan Chua agak berbeza sedikit sahaja. Chua mendakwa dia diperangkap. Tapi kenapa begitu mudah dia masuk perangkap? Semestinya orang sentiasa memerhati apa yang Chua selalu lakukan. Maka keinginan pihak musuh untuk terus memerangkap tetap ada. Isu nya sama seperti perasuah masuk perangkap SPRM. wang rasuah yang ditandakan oleh SPRM membuatkan perasuah akan terjerat dan sukar untuk melepaskan diri,
Walaupun pahit, keputusan Mca memecat Soi Lek harus diterima oleh semua pihak. Ia sama dengan Anwar.
Cuma yang menjadi persoalan sekarang ialah puak bingai Pas. Mereka mengutuk dan menghina Chua Soi Lek kerana perbuatan tidak bermoralnya. "Inilah BN. pemimpin korap". Akan tetapi jangan hairan satu hari Pas akan bertakbir bila Soi Lek memberi ceramah dipentas Pas. Pas memang BINGAI, BAGHAL DAN HAPRAK kerana tidak tahu menilai yang mana satu budi dan mana satu budiman. yang mana jauhari dan yang mana manikam. (pinjam dari Dr. Abu Hassan)
Mana intergriti pemimpin Pas bila mana mengangkat pemimpin yang dibuang dari BN. Hari ini Jui Meng, esok mungkin Soi Lek dan entah siapa lagi orang-orang yang tak bermaruah dalam BN akan menjadi ahli PKR. Tidak salah jika TM menggelarkan PKR ialah parti IWK. Pas pula ialah parti JPS iautu tukang cuci parit dan taliair agar najis-najis dari IWK tidak tersangkut.